KOTA BHARU:Konsert Malam 100 Pendikir yang akan disertai oleh kumpulan rock legenda tanah air, Lefthanded di Kelantan tidak dibatalkan, sebaliknya ditunda ke satu tarikh yang belum diputuskan.
Menurut Pengarah Projek konsert berkenaan, Mohd Nadzri Moin, konsert yang sepatutnya berlangsung pada 13 Februari ini ditunda ke bulan Mac.
"Konsert itu tidak dibatalkan, sebaliknya ditunda ke bulan Mac, tapi tarikh belum dapat kami putuskan bila kerana bergantung pada situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini serta kebenaran daripada pihak berkaitan" katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di sini pada Selasa.
Mohd Nadzri berkata demikian sebagai menjelaskan salah faham beberapa laporan media sebelum ini yang mendakwa Konsert Malam 100 Pendikir Bersama Lefthanded dibatalkan atas alasan peningkatan kes pandemik COVID-19.
Astro AWANI turut melaporkan konsert berkenaan dibatalkan pada tarikh yang dijadualkan pada 13 Februari ini di Stadium Sultan Muhammad ke IV, di sini.
Setiausaha Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan, Azman Mohd Daham berkata, konsert berkenaan yang dijadualkan pada tarikh berkenaan telah dibatalkan atas alasan penularan kes COVID-19 yang melanda negara termasuk Kelantan.
BACA: Konsert Lefthanded di Stadium Sultan Muhammad IV dibatalkan
BACA: Konsert Lefthanded Projek Gila di Kelantan tiada permit penganjuran
Pada 5 Disember lalu pula, kerajaan Kelantan memaklumkan tidak menerima permohonan lesen atau permit daripada pihak penganjur untuk mengadakan konsert tersebut di Stadium Sultan Muhammad IV.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Mohd Nadzri menjelaskan, perkara berkenaan timbul kerana berlaku salah faham dan kekeliruan mengenai permit yang sebelum ini telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI).
Sebelum ini, Mohd Nadzri berkata, pihaknya sudah mendapatkan permit dan kelulusan daripada pihak berkaitan termasuk dari Majlis Keselamatan Negara, Kelantan dengan tajuk pementasan Malam Kebudayaan Bersama Lefthanded.
"Mungkin berlaku salah penafsiran tentang tajuk, apa pun kami sudah menemui Dr Izani dan berbincang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan kami akan menunda konsert itu ke satu tarikh lain memandangkan tidak sesuai dilaksanakan pada waktu ini" katanya lagi.
Kata Mohd Nadzri, pihaknya sudah melakukan segala persiapan termasuk menjalankan kaji selidik selain sudah mula berkampung di Kota Bharu sejak Jun lalu dalam usaha memastikan konsert berkenaan berjaya dianjurkan.
Sementara itu, vokalis utama Lefthanded, Datuk Nashaurddin Elias atau Datuk Nash dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan, penganjuran konsert Dikir Barat bersama kumpulan berkenaan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kelantan bersempena siri jelajah ulang tahun Lefthanded ke 40.
Penganjuran siri jelajah konsert berkenaan membabitkan 16 lokasi termasuk negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu buat julung kalinya kumpulan rock ini akan memartabatkan seni budaya muzik tradisional Kelantan iaitu Dikir Barat.
Persembahan kumpulan itu juga akan diserikan lagi dengan kemunculan 100 pendikir barat serta penyanyi tersohor tempatan seperti Man Khan dan Cikgu Sulizi.
Kerajaan Kelantan telah lama melarang penganjuran konsert rock secara terbuka selepas perubahan kerajaan di Kelantan pada tahun 1990.
Vivi Sumanti
Wed Jan 13 2021
Datuk Nash (tiga dari kanan) bersama pemuzik-pemuzik asal dan jemputan Lefthanded terpaksa menunda tarikh pementasan konsert mereka di Kelantan ekoran peningkatan kes pandemik COVID-19.
Facebook sasar lebih ramai pengguna muda, syor perkongsian 'feed' berasaskan AI
Selari dengannya, Facebook kini menyatakan akan meningkatkan lagi fokus platform berkenaan kepada pengguna muda.
Isu Kampung Sri Makmur: Anggota penguat kuasa ikut prosedur, tatacara perobohan - PDT Gombak
PDT Gombak berkata tindakan pengusiran dan perobohan yang dibuat adalah berdasarkan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Mei 2024.
Lebih 23,000 baucar buku berjaya ditebus murid menerusi aplikasi DELIMa - KPM
Tempoh sah penebusan dan penggunaan baucar buku untuk murid dan pelajar di institusi di bawah KPM adalah dari 31 Mei hingga 31 Dis.
OKU dipukul: Teo sokong titah Tunku Mahkota Ismail
Teo berharap tindakan undang-undang sewajarnya diambil secepat mungkin sekiranya kejadian itu melibatkan unsur jenayah.
Program 'Melaka Bila Larut Malam' tarik kedatangan pelancong
Usaha itu termasuk memperkenalkan pakej pelancongan baharu dan program menarik yang memberi impak kepada semua pemain industri di Melaka.
Jegathesan harap Mohd Azeem, Shereen lakukan 'pecutan' ke Olimpik
Katanya, mereka tiada pilihan lain atau terpaksa akur dengan keputusan hanya seorang sahaja bakal diterbangkan ke Paris menerusi slot wildcard.
KPM naik taraf 384 institusi seluruh negara sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan
Ia satu usaha pembudayaan digital dengan pembekalan studio digital dan hab pembuatan digital bagi memantapkan kemahiran dan kompetensi guru.
AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia
"Kamu sekarang berada di kampung Iceland, tiada jenayah di sini dan anda tidak perlu kunci."
Kementerian Perpaduan Negara pertimbang naik taraf kuil berusia lebih 100 tahun
Kuil Sri Maha Mariamam yang terletak di Ladang Kerilla, Tanah Merah itu dikunjungi penganut agama Hindu dari seluruh negara setiap hujung minggu.
Final UCL: Gelaran ke-15 Real Madrid lebih sukar dari dijangka - Ancelotti
Ancelotti berkata, ia bagaikan mimpi tetapi ia satu realiti.
Konsert Lefthanded di Kelantan bukan batal, tapi ditunda - Penganjur
Konsert yang sepatutnya berlangsung pada 13 Februari ini ditunda ke bulan Mac.