JAKARTA: Konsulat Malaysia di Pontianak merancang untuk mengadakan program komprehensif bagi mengembangkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Kuching, Sarawak dan Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
Menurut Konsul Malaysia di Pontianak, Azizul Zekri Abd Rahimi, inisiatif itu merupakan satu usaha bersama antara pihaknya dengan Pejabat Datuk Bandar Pontianak di Kalimantan Barat.
''Perbincangan berkisar mengenai peluang kerjasama baharu dan membentangkan rancangan pelaksanaan Program Pengembangan PKS dari Malaysia dan Kalimantan Barat dengan (memberi) penekanan khusus kepada usahawan PKS dari Kuching dan Pontianak,'' katanya kepada Bernama.
Pada Rabu, beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Pemangku Datuk Bandar Ani Sofian. Ia merupakan pertemuan rasmi pertama mereka sekali gus membuka lembaran baharu untuk mengeratkan hubungan dua hala.
Program komprehensif itu termasuk pameran produk PKS, daripada makanan hingga kraftangan serta seminar dan dialog untuk memperkukuh penjanaan pendapatan dan memupuk kerjasama usahawan yang erat.
Inisiatif yang disokong Ani Sofian bakal memperkukuh pertumbuhan PKS dan meningkatkan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia, khususnya Kalimantan Barat dan Sarawak.
Azizul Zekri yakin program yang diterajui Konsulat Malaysia akan menjadi pemangkin kepada usahawan PKS secara konsisten untuk meningkatkan kualiti produk dan meluaskan jangkauan pasaran.
"Adalah diharapkan dengan pelaksanaan inisiatif ini, lebih banyak peluang kerjasama ekonomi dapat diwujudkan, seterusnya menjadi salah satu sumber meningkatkan pendapatan usahawan di Sarawak dan Kalimantan Barat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2024
Menurut Konsul Malaysia di Pontianak, Azizul Zekri Abd Rahimi, inisiatif itu merupakan satu usaha bersama antara pihaknya dengan Pejabat Datuk Bandar Pontianak di Kalimantan Barat. - Facebook Konsulat Malaysia Pontianak
Korea Selatan bercita-cita cipta kejutan ke atas Malaysia
Korea Selatan melaungkan amaran awal menjelang aksi peringkat suku akhir acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang hampir pasti bertemu Malaysia.
Ugutan bunuh Teresa Kok: Polis rakam keterangan dua individu
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kes masih dalam siasatan, setakat ini tiada sebarang tangkapan.
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Rakyat Malaysia di Indonesia dinasihat jauhi tempat tumpuan awam - Duta
Peringatan itu ditujukan kepada rakyat Malaysia yang bukan hanya berada di sekitar Jakarta malah di lokasi lain di negara berkenaan.