KLANG: Seorang konsultan hartanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan memperdaya seorang wanita berhubung pembayaran deposit bagi pinjaman tidak wujud untuk pembelian rumah pada 2018.
Siti Nur Atiqah Baba, 33, yang hadir bertongkat ke prosiding itu didakwa menipu wanita berusia 29 tahun berhubung pembayaran deposit 10 peratus berjumlah RM25,900 dengan curangnya menyatakan pinjaman rumah dari sebuah bank yang tidak wujud telah diluluskan, di sebuah pasar raya di Klang antara 2 hingga 7 Mac 2018.
Siti Nur Atiqah melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu penjara tidak lebih 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hanis Zulkapli menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi pertuduhan berkenaan.
Peguam tertuduh, R. Nadarajan memohon jaminan dikurangkan ke RM2,000 memandangkan anak guamnya memberi kerjasama kepada pihak polis sepanjang siasatan dilaksanakan serta sedang cuti sakit selama dua bulan dan masih mendapatkan rawatan.
Majistret Noorjidah Mohd Jusan kemudiannya menetapkan jumlah jaminan RM4,500 dengan seorang penjamin manakala sebutan semula kes pada 13 Feb tahun depan. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 14 2022
Seorang konsultan hartanah mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdaya seorang wanita berhubung pembayaran deposit bagi pinjaman tidak wujud untuk pembelian rumah pada 2018.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Konsultan hartanah mengaku tidak bersalah tipu pinjaman rumah
Tertuduh didakwa menipu deposit berjumlah RM25,900 dengan menyatakan pinjaman rumah dari sebuah bank yang tidak wujud telah diluluskan.