GEORGE TOWN:Keputusan ujian saringan COVID-19 seorang petugas media yang menjadi kontak rapat kepada salah satu kes positif COVID-19 di Pulau Pinang didapati negatif.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, keputusan itu dimaklumkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) kepada pihaknya pada Jumaat.
"Sebentar tadi, saya telah menerima makluman daripada Pengarah JKNPP, Dr Asmayani Khalib,
berhubung keputusan ujian saringan seorang petugas media yang telah membuat liputan sidang media di pejabat saya pada Rabu, keputusan adalah disahkan negatif.
"Bagaimanapun, menurutnya petugas media itu masih perlu menjalani kuarantin wajib sehingga lengkap 14 hari sebelum ujian kedua menggunakan RTK Antibodi akan dilaksanakan sehari sebelum tarikh kuarantin berakhir," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Chow berkata, meskipun keputusan petugas media berkenaan negatif tetapi pihaknya berharap semua individu yang berada di sidang media pada hari tersebut mengurangkan pergerakan luar dan memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semasa berkerja atau berada di tempat awam.
Pada Khamis,seorang petugas media dinegeri itu diperintahkan untuk menjalani kuarantin di rumah setelah rakan serumahnya disahkan positif wabak koronavirus (COVID-19).
Menurut Kelab Media Mutiara Pulau Pinang, petugas media yang juga jurukamera sebuah stesen television telah menghadiri sidang media Ketua Menteri, Chow Kon Yeow di tingkat 28, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), pada Rabu.
Susulan itu, Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang menasihatkan semua individu yang menghadiri sidang media Ketua Menteri pada Rabu agar mengurangkan pergerakan luar dan berada di rumah jika tiada keperluan untuk keluar.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Oct 30 2020
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.
Warga asing ditahan kerana pukul pemandu e-panggilan selepas ditegur akibat muntah
Dua warga asing ditahan kerana disyaki memukul seorang pemandu e-panggilan selepas ditegur kerana termuntah di dalam kereta yang dinaiki mereka, dalam kejadian di Kampung Cheras Baru.
Tiga lelaki ditahan disyaki dera kanak-kanak
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan terhadap kes penderaan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di sebuah rumah di Batu 4, Port Dickson, dekat sini.
AADK guna 11 alat saringan dan penilaian
AADK menggunakan 11 alat saringan dan penilaian bagi menilai seseorang penagih atau penyalah guna dadah dan bahan terlarang justeru tidak tertumpu pada saringan air kencing semata-mata.
Suami isteri ditahan kerana biar anak tidur di kaki lima flat
Polis menahan sepasang suami isteri kerana tidak membenarkan anak lelaki mereka berusia 13 tahun masuk ke dalam rumah sehingga terpaksa tidur di kaki lima perumahan flat.
Polis tahan enam anggota sindiket ah long disyaki ugut peminjam
Polis menahan enam individu disyaki terbabit aktiviti pinjaman wang tanpa lesen atau 'Ah Long' menerusi beberapa serbuan di sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur bermula 28 Jun hingga 1 Julai.
Lima diberkas pecah rumah, curi kabel di Kota Tinggi
Polis menahan lima individu dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan mencuri kabel di sebuah rumah di Kampung Sungai Rinting, Masai di Johor Bahru pada 4 Julai lepas.
Polis bongkar taktik sembunyi dadah dalam guni berisi tanah, rampas syabu bernilai RM1.84 juta
Polis berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu bernilai RM1.84 juta melalui perkhidmatan kurier, selepas menahan sepasang suami isteri di Puchong Jaya, pada 27 Jun.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.