MALANG: Kontinjen negara menamatkan kempen di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 dengan aksi terpuji apabila membawa pulang 38 pingat emas selepas 11 hari berjuang bermula 26 Jun lepas.
Jumlah 38 pingat emas itu mengatasi sasaran awal 35 emas ditetapkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) namun masih jauh jika dibandingkan dengan pencapaian terbaik Malaysia pada edisi 2022 di Ubon Ratchathani, Thailand menyaksikan kontinjen negara meraih 49 emas, 83 perak dan 50 gangsa.
Momentum kutipan pingat juga sedikit perlahan apabila pingat emas ke-35 hanya diperoleh pada hari kedua terakhir saingan menerusi atlet karate, H Sureeya Shankar.
Tuan rumah, Indonesi, memanfaatkan sebaiknya peluang beraksi di laman sendiri untuk mengungguli carta kutipan pingat dengan 126 emas, 99 perak dan 71 gangsa diikuti Thailand 53-49-29 kedua dan Malaysia dengan 38 emas, 45 perak dan 60 gangsa untuk tempat ketiga keseluruhan.
Kem olahraga menjadi penyumbang pingat emas terbanyak dengan keseluruhan 13 pingat emas, 10 perak dan lapan gangsa diikuti kem renang yang melepasi sasaran tujuh emas dengan sembilan emas, tujuh perak dan 16 pingat gangsa.
Skuad judo tidak kurang hebatnya apabila membutirkan tiga emas, tiga perak dan satu gangsa manakala kem memanah menyumbang dua pingat emas pada hari terakhir AUG 2024.
Ramalan sukan tempur iaitu karate, taekwondo dan pencak silat sebagai lubuk emas meleset apabila masing-masing menyumbang dua pingat emas, meskipun dibarisi beberapa atlet berprofil tinggi kali ini.
Hasrat kem badminton untuk membawa pulang empat emas juga tidak tercapai apabila hanya menjelmakan dua emas selain impian kem petanque yang mahu mengutip dua pingat emas lebur apabila terpaksa berpuas hati dengan satu emas.
Skuad bola keranjang juga hambar dan terpaksa berpuas hati dengan satu pingat perak dalam acara 5x5 wanita dan dua gangsa dalam acara 3x3 lelaki dan wanita manakala sepak takraw menyumbang satu gangsa.
Sukan panjat tembok dan bola tampar yang tampil pada edisi 2024 kali ini, terpaksa akur apabila pulang dengan tangan kosong.
Ketua Kontinjen negara ke AUG 2024, Suhairi Ismail menarik nafas lega apabila sasaran 35 pingat emas itu berjaya dicapai kontinjen Malaysia yang mampu melepasi sasaran pada hari terakhir semalam.
"Kita terlepas beberapa acara seperti wushu kerana tidak menghantar atlet bagi acara berkenaan. Itu menyebabkan kita punya pingat emas sedikit perlahan, kita boleh lihat sebenarnya sukan yang dipertandingkan dan cabaran atlet di Indonesia sengit.
"Pada 2026 kita jadi tuan rumah, pascanilai akan dilakukan supaya dapat memberi cabaran sebenar sebagai tuan rumah untuk mencipta prestasi cemerlang pada edisi seterusnya," katanya kepada pemberita, semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2024
Suhairi bersama kontinjen negara di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024. - Foto Sinar Harian
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
KPT ucap tahniah kejayaan kontinjen negara di AUG 2024
KPT merakamkan ucapan tahniah kepada kontinjen negara yang berjaya melepasi sasaran 35 pingat emas dan menduduki tempat ketiga negara terbaik pada kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024.
Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas
Kontinjen negara menamatkan kempen di temasya AUG 2024 dengan aksi terpuji apabila membawa pulang 38 pingat emas selepas 11 hari berjuang.
AUG 2024: Malaysia capai sasaran 35 emas menerusi Sureeya
Sureeya menumbangkan pencabar Thailand Calermpon Piwlaaiad 9-1 pada final dalam acara kumite bawah 60 kilogram (kg) lelaki.
AUG 2024: Taekwondo dan silat jelma satu emas
Emas dari taekwondo hadir dalam acara poomsae berpasukan wanita dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Seah Jing Ying dan Wong Zin.
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
AUG 2024: Olahraga butir tiga lagi emas
Umar Osman meraih emas dalam acara larian 400m lelaki mencatat masa 47.22s di Gelanggang Olahraga Universitas Negeri Surabaya.
AUG 2024: Kem olahraga jana emas lagi
Kem olahraga negara meneruskan momentum kilauan pingat emas dalam temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya Malang 2024 pada Rabu.
AUG 2024: Tari Topeng Kaliwungu curi tumpuan di kolam renang
Tarian berkenaan berasal daripada masyarakat Madura yang berpindah ke Kabupaten Lumajang pada tahun 1940.
Pemain keracunan makanan, sekat Malaysia sambar emas futsal AUG 2024
Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia terpaksa akur meraih pingat perak selepas dikecewakan tuan rumah 4-1 pada aksi final.
AUG 2024: Malaysia raih dua emas dari kem renang, bola baling
Pingat emas itu hadir menerusi Low Zheng Yong yang menampilkan renangan bertenaga dalam acara 1,500 meter gaya bebas lelaki.