Sebanyak sembilan Kontrak Perkhidmatan Perunding berjumlah RM9.18 juta serta satu Kontrak Pembersihan dan Pencucian Bangunan bernilai RM3.46 juta bagi Kolej PERMATApintar ditandatangani pegawai yang tidak diberi kuasa.
Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1 yang dikeluarkan hari ini, kontrak juga tidak disemak Penasihat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
"Perolehan peralatan dalam kontrak kerja bernilai RM38,500 dibuat tanpa kelulusan Naib Canselor UKM serta terdapat lebihan bayaran sebanyak RM99,500," menurut laporan itu.
Sehubungan itu, Jabatan Audit Negara menggesa UKM menubuhkan jawatankuasa siasatan dalaman bagi menyiasat kecuaian pegawai dalam pengurusan kewangan dan penyediaan kontrak sehingga kontrak ditandatangani pegawai tanpa penurunan kuasa Lembaga Pengarah Universiti.
"UKM perlu menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pegawai didapati cuai melaksanakan tanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran kontrak bagi menjaga kepentingan UKM khususnya melibatkan bayaran dan syarat kontrak menyebabkan kerugian kepada UKM," kata laporan itu.
Laporan itu turut mendedahkan, Kurikulum PERMATApintar High School Diploma belum mendapat pengiktirafan senat universiti bagi Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) selain UKM untuk kelayakan kemasukan ke Tahun 1 IPTA.
Pejabat Pendaftar UKM gagal membuat sebarang pengambilan bagi 70 perjawatan tambahan baharu untuk Program PERMATApintar walaupun diluluskan Kementerian Pendidikan pada 11 Jan 2017, menurut laporan itu.
Sementara itu, semakan terhadap Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mendapati RM2.50 juta daripada RM11.88 juta hutang tertunggak melibatkan 8,274 pesakit dalam, masih gagal dijelaskan manakala hutang tertunggak berjumlah RM6.92 juta bagi 28,216 pesakit dalam dan luar sejak 2000 hingga 2011, dihapus kira.
Penemuan Audit juga mendapati HUSM tidak membuat tuntutan pembekalan bukan ubat bernilai RM42,140 kepada USAINS Tech Services Sdn Bhd bagi tempoh 2015 hingga Februari 2017.
Susulan penemuan tersebut, jabatan itu mengesyorkan HUSM untuk menambah baik mekanisme kutipan hutang tertunggak bagi memastikan hutang dikutip dengan berkesan selain menjalankan siasatan dalaman terhadap pegawai.
"Tindakan sewajarnya perlu diambil jika terbukti pegawai terlibat melakukan kesalahan," menurut laporan itu.
Sementara itu, semakan terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendapati universiti itu gagal mencapai sasaran 200,000 enrolmen seperti ditetapkan walaupun kampus Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) telah disiapkan.
"Kampus PFI siap dibina pada 2017, tujuh tahun selepas sasaran. Antara kelemahan utama dalam pengurusan projek ialah ketiadaan mekanisme penilaian, nilai untuk wang yang objektif dan menyeluruh, ketiadaan asas penetapan skop dan kos siling projek serta kelemahan dalam aspek pembinaan," menurut laporan itu.
Laporan itu juga mendapati terdapat kelemahan dalam pengurusan pembinaan melibatkan isu kesesuaian reka bentuk, ketidakpatuhan kepada spesifikasi dan lukisan serta kualiti pembinaan kurang memuaskan.
Justeru, jabatan berkenaan mengesyorkan UiTM untuk meningkatkan pemantauan terhadap perkhidmatan pengurusan aset oleh syarikat konsesi supaya syarat dan tanggungjawab dilaksanakan mengikut ketetapan Perjanjian Konsesi.
UiTM juga disarankan membuat semakan lengkap terhadap Sistem Pengurusan Kemudahan Berkomputer di semua kampus PFI bagi memastikan sistem berfungsi seperti ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi selain menjamin kepentingan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2019
Laporan turut mendedahkan, Kurikulum PERMATApintar High School Diploma belum mendapat pengiktirafan senat universiti bagi IPTA selain UKM untuk kelayakan kemasukan ke Tahun 1 IPTA.
Bekas pemenang kasut emas Liga Super doakan Faisal Halim
Ayron Del Valle titip kata-kata semangat buat Faisal Halim agar segera diberikan kesembuhan.
Kajian UNICEF: Aspek paling parah dalam kemiskinan
'Ranjau Sepanjang Jalan'', tinjauan berulang tentang impak kos sara hidup pasca pandemik terhadap isi rumah berpendapatan rendah di Kuala Lumpur', yang dijalankan UNICEF dari 14 Oktober 2023 hingga 16 November 2023. Bagaimana untuk mengenal pasti setiap dimensi dalam kemiskinan yang kritikal di Malaysia dan apakah persediaan yang perlu dilakukan?
Bersama Ketua Penyelidik, Kajian UNICEF, Dr Muhammed Abdul Khalid.
Bersama Ketua Penyelidik, Kajian UNICEF, Dr Muhammed Abdul Khalid.
Farhan idam Piala Dunia selepas lebih 15 tahun dalam skuad kebangsaan
Selepas lebih 15 tahun berada dalam skuad kebangsaan, Farhan Adam atau lebih mesra dengan panggilan Emon memasang impian besar untuk menjulang Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di hadapan peminat tanah ai
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan dolar AS kekal kukuh.
Lelaki sedar dari koma selepas 10 tahun
Sun Hongxia enggan berputus asa menjaga suaminya yang mengalami kondisi sedemikian selepas terkena serangan jantung.
Akaun 3 KWSP: Tahap celik kewangan pencarum perlu dipertingkat
Pencarum KWSP perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi agar tidak sewenang-wenangnya membuat pengeluaran caruman Akaun 3.
Tentera Israel adakan latihan tembakan di Golan Heights
Latihan itu berlaku ketika pertempuran semakin memuncak di pinggir Rafah dengan kerahan tentera Israel semakin bertambah.
AWANI Pagi: ASCI cabar minda pemain ‘scrabble’
AWANI Pagi bawakan perbincangan berkenaan pertandingan scrabble yang akan diadakan di Universiti Malaya.
Tukang rumah cedera tertusuk besi jatuh lori
Batang besi sepanjang 0.75 meter menembusi lengan dan terkena rusuk kiri Jamaludin Amin.
Wanita Israel tuntut pembebasan 130 tebusan di Gaza
Demonstrasi jalanan menentang kerajaan oleh keluarga dan penyokong daripada lebih 130 tebusan yang masih ditahan di Gaza masih diteruskan.
Legenda bola sepak Kelantan, Hashim Mustapha masih kritikal - Menantu
Legenda pasukan bola sepak Kelantan, Mohd Hashim Mustapa dilaporkan masih lagi berada dalam keadaan kritikal akibat penyakit kencing manis yang dialaminya.
Hospital USM wajibkan saringan COVID-19 kepada peneman pesakit
Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) mewajibkan saringan COVID-19 kepada peneman pesakit bagi mengelakkan jangkitan daripada komuniti berikutan peningkatan kes baharu wabak itu.
Menteri Besar Kelantan dimasukkan ke hospital
Datuk Ahmad Yakob dimasukkan ke wad Hospital Universiti Sains Malaysia, HUSM Kubang Kerian malam tadi.
COVID-19: HUSM beroperasi seperti biasa, tiada wad ditutup
Bagaimanapun, bilangan pesakit termasuk perkhidmatan di Dewan Bedah dan bilik bersalin dikurangkan sebagai langkah berjaga-jaga serta memberi masa kepada kakitangan HUSM untuk disaring.
HUSM jadi tumpuan rawatan kanser
HUSM kini menjadi hospital tumpuan di negara ini terutama di Pantai Timur bagi merawat penyakit kanser berikutan terdapat ramai pakar perubatan.
Bekas jurulatih badminton Jepun, Izuan Ibrahim meninggal dunia
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.30 malam ini, selepas dimasukkan ke hospital itu Khamis lepas.
Ibu jari Ketua Polis Daerah Besut gagal diselamatkan selepas ditetak - Ketua Polis Terengganu
Ibu jari kanan Ketua Polis Daerah Besut, Suprintendan Mohd Zamri Mohd Rowi yang putus ditetak lelaki kurang siuman gagal berfungsi.
Kontrak perolehan Kolej PERMATApintar ditandatangani pegawai tidak diberi kuasa
Kontrak juga tidak disemak Penasihat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Cubaan bakar diri, perunding perkahwinan meninggal dunia
Perunding perkahwinan berusia 37 tahun itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Sains Malaysia.
Tiga maut dalam kemalangan di Rantau Panjang
Tiga maut manakala seorang lagi parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas berhampiran Lubok Jong di sini, awal pagi tadi.