KUANTAN: Seorang kontraktor binaan di Temerloh kerugian sebanyak RM50,370 selepas diperdaya rakan kenalannya dengan tawaran tender pakaian pada 28 Julai lalu.
Kejadian bermula ketika mangsa yang berusia 40 tahun menerima tawaran daripada rakan dikenalinya empat tahun lalu kononnya untuk projek tender kerajaan dan swasta bagi membuat pakaian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa mengadakan perbincangan dan bersetuju dengan tender yang ditawarkan kepadanya melalui aplikasi WhatsApp.
"Suspek meminta agar mengeluarkan modal sebanyak RM50,370 terlebih dahulu dan menjanjikan pulangan modal lumayan hasil daripada keuntungan perolehan tender terbabit.
"Bagi urusan tersebut, mangsa telah membuat sebanyak 13 transaksi ke akaun bank yang diberikan suspek," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mohd Wazir berkata, selepas kesemua pembayaran dibuat, mangsa bertanyakan suspek mengenai pulangan yang dijanjikan.
Bagaimanapun, katanya, suspek tidak menjawab pertanyaan itu dan kedua-dua nombor telefon gagal dihubungi.
"Mangsa merasakan dirinya telah ditipu kemudian tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh bagi siasatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," jelas beliau.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 06 2021
Seorang kontraktor binaan di Temerloh kerugian sebanyak RM50,370 selepas diperdaya rakan kenalannya dengan tawaran tender pakaian pada 28 Julai lalu. -Gambar hiasan
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penipuan SMS 'syarikat telco' dikesan kembali aktif
Taktik penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal dikesan kembali aktif sejak awal tahun ini.
Panggilan video berlatarkan IPK Perak, polis kesan taktik baharu scammer
JSJK mengesan modus operandi yang mengeksplotasikan laporan polis dalam talian e-Reporting melalui panggilan video untuk memperdaya mangsa membuat bayaran atau pindahan wang.
Kerugian kes jenayah komersial catat peningkatan 207.6 peratus
Ramli berkata, nilai kerugian dicatatkan turut meningkat 207.6 peratus dalam tempoh berkenaan.
Kecanggihan teknologi AI bawa cabaran baharu banteras jenayah penipuan - JSJK
Ramli berkata ini kerana perkembangan teknologi AI yang sangat drastik, dan ia boleh disalahgunakan.
JSJK beri fokus tiga perkara tingkatkan siasatan jenayah komersial
Memperkasakan siasatan bagi memastikan kadar pertuduhan yang lebih tinggi dapat dicapai antara tiga fokus utama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) tahun ini.
1,066 individu ditahan terlibat sindiket penipuan sejak Januari
Seramai 1,066 individu ditahan kerana disyaki terlibat dengan sindiket pusat panggilan penipuan sejak Januari hingga November lalu.
Lebih 30,000 kes penipuan dalam talian babit kerugian RM1.3 bilion - Pengarah JSJK
PDRM menerima sebanyak 32,462 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 11 bulan pertama tahun ini dengan nilai kerugian RM1.3 bilion.
Peguam kes i-Serve, MYAirline dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang peguam dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama syarikat MYAirline telah dibebaskan dengan jaminan polis, Jumaat lepas.
Polis minta pelabur i-Serve tampil buat laporan
Laporan yang dibuat membantu polis lakukan siasatan terhadap i-Serve, QA Partnership, Trillion Cove dan syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline.
Scammer menyamar syarikat telekomunikasi tawar bil percuma
Beliau menyeru orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan modus operandi penipuan terbabit.