awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontraktor rugi lebih RM100,000 angkara sindiket pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
30/12/2024
10:19 MYT
Kontraktor rugi lebih RM100,000 angkara sindiket pelaburan tidak wujud
Mangsa seorang lelaki berusia 60 tahun, telah berkenalan dengan seorang wanita di aplikasi WhatsApp pada 22 November.
KUALA TERENGGANU: Seorang kontraktor terpaksa berputih mata apabila kerugian RM135,505 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa seorang lelaki berusia 60 tahun, telah berkenalan dengan seorang wanita di aplikasi WhatsApp pada 22 November.
Beliau berkata suspek memujuk mangsa yang berasal dari Chendering untuk menyertai satu skim pelaburan, dengan dijanjikan pulangan keuntungan lumayan.
"Sepanjang tempoh perkenalan, mangsa membuat 11 kali transaksi ke empat akaun berlainan mengikut arahan suspek, dengan jumlah keseluruhan RM135,505.
"Bagaimanapun, setelah menunggu sekian lama mangsa tidak menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan dan membuat laporan polis petang semalam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kontraktor ditipu
#sindiket penipuan
#pelaburan tidak wujud
#mangsa rugi
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan