KUALA LUMPUR: Berita mengenai kerajaan Malaysia mengumumkan pembukaan semula sempadannya pada 1 April disambut baik oleh wakil pertubuhan pelancongan Korea Selatan dan Jepun di ibu negara.
Pengarah Urusan Pertubuhan Pelancongan Korea (KTO) Malaysia & Brunei, Yang Kyung Soo, berkata langkah itu seperti "membuka pintu" untuk lebih ramai pelancong Malaysia melawat tanah airnya
Seperti Malaysia, negaranya juga membuka pintu sempadan kepada pelawat berkuat kuasa 1 April, ditambah dengan KTO yang secara konsisten mempromosikan produk budaya dan pelancongan Korea Selatan sepanjang pandemik itu.
Minat yang 'menular' terhadap aliran Hallyu atau Gelombang Korea dalam kalangan rakyat Malaysia membantu mewujudkan permintaan dengan Korea Selatan menjadi destinasi yang dicari dan menjadi antara pilihan teratas rakyat Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka yang seterusnya.
"Sepanjang tempoh pandemik, kami melihat semakin ramai rakyat Malaysia menikmati pelbagai K-drama, K-movie, kandungan K-pop dan K-food. Ramai daripada mereka ingin ke Korea Selatan dan merasai sendiri pengalaman Korea sebenar seperti yang ditonton di skrin.
"Itulah sebabnya tahun ini kami mengadakan promosi secara khusus destinasi pelancongan yang pernah dilihat dalam K-drama, K-movies dan lain-lain.
"Sebagai contoh, kami mengadakan promosi 'Peraduan Susunan Perjalanan Hallyu Korea' yang membolehkan peserta membuat jadual perjalanan Korea mereka sendiri berdasarkan lokasi K-drama dan rakaman video kegemaran mereka, dan memenangi hadiah," kata Yang kepada Bernama.
Yang berkata meskipun industri pelancongan akan mengambil sedikit masa untuk pulih berikutan SOP dan sekatan perjalanan, beliau optimis dengan sambutan itu dan yakin pengembara tidak sabar untuk datang ke Korea Selatan.
"Berdasarkan dapatan tinjauan terbaharu kami di Matta Fair 2022, kira-kira 26 peratus pengembara berkemungkinan melancong ke Korea Selatan dalam tempoh 6 bulan akan datang.
"Oleh itu, pada 2022, kami mensasarkan pemulihan kira-kira 30 peratus pelancong berbanding 2019, dengan jumlah pelancong Malaysia yang melawat Korea Selatan adalah sekitar 400,000," tambahnya.
Malaysia dan Korea Selatan membuka semula pintu sempadannya pada 1 April tanpa kuarantin mandatori bagi pengembara. Pihak Malaysia seterusnya mengumumkan kelonggaran peraturan dengan menghapuskan keperluan ujian dan perlindungan insurans perubatan untuk pengembara yang lengkap divaksin berkuat kuasa 1 Mei.
Sementara itu, Pejabat Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO) Kuala Lumpur turut menyambut baik langkah Malaysia membuka semula pintu kepada pengembara dengan harapan rakyat Malaysia akan melawat Jepun sebaik sahaja sempadan negaranya dibuka.
Pengarah Eksekutifnya Fumi Matsumoto berkata walaupun Jepun masih ditutup kepada pelancong buat masa ini, ia secara beransur-ansur mula melonggarkan sekatan sempadan di peringkat nasional.
"Berkenaan dengan pelancong antarabangsa, kami di JNTO masih menunggu pengumuman daripada kerajaan Jepun. Memandangkan Malaysia sudah mula menerima pelancong antarabangsa yang divaksin tanpa mengenakan kuarantin seperti yang diumumkan baru-baru ini, kita tahu bahawa rakyat Malaysia berminat untuk melancong ke luar negara.
"Jepun sentiasa menjadi destinasi popular bagi rakyat Malaysia, jadi kami pasti berharap ramai daripada anda akan melancong ke Jepun sebaik sahaja sempadannya dibuka semula," katanya kepada Bernama.
Walaupun masih terdapat isu yang perlu dipertimbangkan, seperti ketersediaan penerbangan, pengiktirafan vaksin oleh Jepun dan prosedur untuk mendapatkan sijil keputusan ujian negatif, Matsumoto berkata ia akan mengambil sedikit masa sebelum perjalanan antarabangsa antara kedua-dua negara kembali ke tahap pra-pandemik.
Menurut beliau, pejabat JNTO Kuala Lumpur sudah bersedia untuk membawa pelancongan budayanya ke tahap yang lebih tinggi.
"Dalam tinjauan maklum balas kami baru-baru ini, kami dapati bahawa trend pra-pandemik perjalanan ke Jepun yang dicari rakyat Malaysia tidak berubah malah sehingga kini, dua jawapan teratas masih makanan dan alam semula jadi (iaitu empat musim).
"Sudah tentu, setiap wilayah mempunyai daya tarikan berbeza dengan budaya unik dan tradisi berharga yang kami jangka menarik dan berbaloi untuk dinikmati pelancong antarabangsa.
"Dengan bergerak mempromosikan budaya dan tradisi, kami berharap dapat memperkenalkan dan membawa lebih ramai pelancong ke wilayah lain yang kurang dikenali dan kurang dilawati. Ia juga akan membawa mereka menjauhi kawasan popular yang sesak untuk perjalanan yang lebih menyegarkan," tambahnya.
Matsumoto juga menyatakan Tokyo, wilayah Kansai dan Hokkaido sentiasa menjadi lokasi pilihan utama untuk dikunjungi oleh rakyat Malaysia sebelum pandemik.
"Sebelum pandemik, jumlah pelancong antarabangsa ke Jepun berada dalam aliran meningkat. Semestinya, ia masih kekal dan kami berharap ramai pelancong akan melawat Jepun.
"Tetapi kami percaya ia akan mengambil masa berikutan peralihan ke fasa endemik," katanya.
Dilaporkan bahawa dalam tempoh empat hari selepas membuka semula sempadan pada 1 April, lebih 250,000 pengembara antarabangsa memasuki dan meninggalkan Malaysia melalui pintu masuk utama.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 30 2022
Pembukaan sempadan dan kelonggaran pelbagai SOP disifatkan seperti "membuka pintu" untuk lebih ramai pelancong Malaysia kembali mengunjungi Korea Selatan dan Jepun. - Gambar hiasan/ AP
Malaysia mungkin perlu import lebih banyak gas
Malaysia mungkin berdepan keperluan mengimport lebih banyak gas bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik pada tahun-tahun akan datang sekiranya terus bergantung kepada komoditi itu tanpa usaha mempercepat peralihan kepada tenaga lebih lestari.
Maybank Research turunkan unjuran pertumbuhan KDNK Thailand kepada 2.4 peratus
Maybank Research Pte Ltd, Singapura telah menurunkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 Thailand kepada 2.4 peratus daripada 2.9 peratus disebabkan oleh aktiviti pembuatan yang kurang memberangsangkan
Unjuran KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 2024
Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan berkembang pada 4.5 hingga 5.0 peratus pada 2024, berbanding 3.7 peratus tahun lalu, berikutan prestasi pembuatan yang lebih baik pada April.
Indeks kebebasan media: Saya terima laporan RSF dengan hati terbuka - Fahmi
Kedudukan Malaysia menurun 34 anak tangga dengan mencatat 52.07 mata berbanding tahun sebelumnya iaitu 62.83 mata.
Extra Joss umum tajaan rasmi Liga M, hangatkan kegilaan bola sepak tempatan
Minuman tenaga terkemuka Exra Joss mengumumkan tajaan rasminya bagi musim baharu Liga M melangkaui siaran dengan pengaktifan di lapangan stadium dan zon interaksi peminat interaktif bagi memastikan pengalaman jenama yang holistik.
Miskin tegar di Pulau Pinang bakal diselesaikan sepenuhnya hujung Mei ini
Kemiskinan tegar di Pulau Pinang dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya akhir bulan ini hasil usaha dan inisiatif kerajaan Persekutuan.
Astro beri tawaran akses percuma bagi Liga Malaysia 2024/2025
Kehangatan Liga Malaysia musim baru 2024/2025 kini kembali dengan Astro selaku penyiar rasmi bagi tahun kedua akan membawakan sebanyak 219 perlawanan dalam definisi tinggi (HD) selain permainan baru liga fantasi dan Sooka Score Predictor.
Petugas haji selamat tiba di Madinah
Seramai 150 petugas haji termasuk 14 petugas media bagi musim haji 1445Hijrah/2024 selamat tiba di Madinah, sekitar pukul 2.45 pagi waktu tempatan (7:45 pagi waktu Malaysia).
Institusi pendidikan di Kerala, India ditutup susulan gelombang haba
Pihak kerajaan tempatan di negeri selatan India, Kerala pada Khamis mengarahkan penutupan institusi pendidikan di sana sehingga 6 Mei ini berikutan keadaan cuaca yang amat panas, lapor Xinhua.
Malaysia mungkin perlu import lebih banyak gas jika tidak alih kepada tenaga mampan - Rafizi
Malaysia mungkin berdepan keperluan mengimport lebih banyak gas bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik pada tahun-tahun akan datang.
Filem Sheriff cecah kutipan RM44.5 juta selepas 14 hari tayangan
Filem Sheriff arahan Syafiq Yusof mendapat sambutan luar biasa di pawagam meskipun telah memasuki minggu kedua tayangan di seluruh negara dengan meraih kutipan terkini mencecah RM44.5 juta.
FIFA lulus penggunaan VAR di Liga Malaysia - FAM
Penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim 2024/2025 sudah mendapat pengiktirafan dan kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
UTP raih kedudukan teratas di Malaysia, ASEAN dua tahun berturut-turut
Universiti Teknologi Petronas (UTP) meraikan kejayaan bersejarah buat tahun kedua berturut-turut apabila meraih tempat teratas sebagai universiti nombor satu di Malaysia.
Malaysia guna hubungan baik pelbagai negara bantu henti kekejaman di Gaza - PM Anwar
Katanya, strategi melibatkan pelbagai negara harus dirangka kerana penindasan di Gaza bukan lagi isu yang hanya melibatkan OIC dan Islam.
Malaysia perlu guna kepakaran, sumber secara kolektif bagi memacu industri halal - Tengku Zafrul
Malaysia perlu memanfaatkan kepakaran dan sumber secara kolektif bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan mampan dalam industri halal.
'Harga purata pangsapuri baharu Malaysia cecah RM582,887 pada suku pertama'
Harga purata bagi pangsapuri baharu di Malaysia mencecah RM582,887 pada suku pertama 2024 manakala purata harga jualan bagi kediaman sekunder bernilai RM521,614.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.