MALAYSIA
Pendakwa Jerman kemuka pertuduhan terhadap "Ratu Kripto" Ruja Ignatova

Ignatova kini tersenarai sebagai antara 10 penjenayah paling dikehendaki dunia oleh FBI dan Europol. - Gambar/ X @NeerajCNBC
DUSSELDORF (Jerman): Pendakwa raya Jerman telah mengemukakan pertuduhan terhadap Ruja Ignatova, yang digelar "Ratu Kripto" dan telah lama diburu berhubung peranannya dalam skim penipuan mata wang kripto Onecoin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Pendakwa raya Jerman mengemukakan pertuduhan terhadap Ruja Ignatova atas peranannya dalam skim penipuan mata wang kripto Onecoin, melibatkan 17,500 mangsa dengan kerugian sekitar EUR57 juta bagi tempoh 20152016.
- Pertuduhan bertujuan menghalang kesalahan daripada luput tempoh pendakwaan, dengan harapan Ignatova yang hilang sejak 2017 dapat ditangkap dalam tempoh lima tahun untuk dibawa ke muka pengadilan.
- Ignatova kini tersenarai sebagai antara 10 penjenayah paling dikehendaki dunia oleh FBI dan Europol, dengan siasatan turut merampas aset bernilai sekitar EUR28 juta, manakala jumlah kerugian global dipercayai mencecah berbilion euro.
Ignatova, yang syarikatnya beribu pejabat di Greven, sebuah bandar di barat Jerman, hilang tanpa jejak sejak 2017. Beliau dilaporkan terbang dari Sofia ke Athens pada 25 Okt 2017 dan tidak pernah muncul lagi.
Ketua pendakwa raya di Pejabat Pendakwa Raya Bielefeld, Carsten Nowak berkata, pertuduhan itu bertujuan menghalang kesalahan penipuan tersebut daripada luput tempoh pendakwaan.
Jika Mahkamah Wilayah Bielefeld membuka prosiding, had masa pendakwaan tidak akan tamat sehingga lima tahun lagi. Pihak penyiasat berharap dapat menangkap Ignatova dalam tempoh itu untuk dibawa ke muka pengadilan.
Pertuduhan setebal 600 muka surat itu menyenaraikan 17,500 mangsa dengan anggaran kerugian keseluruhan berjumlah EUR57 juta (US$67 juta). Pejabat pendakwa raya mengehadkan pertuduhan kepada tempoh 2015-2016.
Bagaimanapun, secara keseluruhan jutaan pelabur di seluruh dunia dipercayai terjejas dengan jumlah kerugian mencecah berbilion euro.
Menurut pejabat polis jenayah di negeri North-Rhine Westphalia, tempat Greven berada, aset bernilai sekitar EUR28 juta telah dirampas sepanjang siasatan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami