awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan, Malaysia mulakan pusingan ke-8 rundingan FTA di Seoul

Bernama
Bernama
08/04/2025
01:50 MYT
Korea Selatan, Malaysia mulakan pusingan ke-8 rundingan FTA di Seoul
Korea Selatan dan Malaysia akan mengadakan rundingan pusingan kelapan untuk perjanjian perdagangan bebas dua hala (FTA) ketika kedua-dua pihak berusaha untuk meluaskan portfolio perdagangan mereka dan meningkatkan kerjasama.
SEOUL: Korea Selatan dan Malaysia akan mengadakan rundingan pusingan kelapan untuk perjanjian perdagangan bebas dua hala (FTA) pada Selasa, ketika kedua-dua pihak berusaha untuk meluaskan portfolio perdagangan mereka dan meningkatkan kerjasama, menurut kementerian industri.
Menurut Agensi Berita Yonhap, pusingan terbaru perbincangan FTA dijadualkan bermula di Seoul untuk tempoh empat hari, menurut Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga.
Kedua-dua pihak merancang untuk memberi tumpuan kepada kemajuan dalam rundingan merentasi 10 sektor, termasuk barangan, perkhidmatan, pelaburan dan kerjasama ekonomi, tambah kementerian itu.
Selepas terhenti selama lima tahun, kedua-dua negara bersetuju untuk menyambung semula perbincangan mengenai perjanjian perdagangan bebas pada Mac 2024.
Korea Selatan sudah mempunyai FTA dengan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), tetapi ia berusaha untuk mewujudkan perjanjian perdagangan bebas yang berasingan dengan negara anggota, termasuk Malaysia.
"Kami akan berusaha untuk segera menandatangani FTA dengan Malaysia, antara rakan kongsi utama kami di rantau ASEAN, untuk menambah baik keadaan operasi syarikat Korea Selatan di negara ini dan menghapuskan ketidaktentuan perdagangan," kata Kwon Hye-jin, ketua pengarah rundingan FTA di kementerian itu.
Kwon menekankan kepentingan kerjasama dengan negara ASEAN, sambil menyatakan eksport Korea Selatan ke rantau ini telah melepasi penghantaran ke China untuk bulan kedua berturut-turut pada Mac, di tengah-tengah pengembangan perlindungan perdagangan global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan-Malaysia
#perjanjian perdagangan bebas dua hala
#FTA
#perdagangan global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan