awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan rancang mendarat di bulan pada 2032, kibar bendera di Marikh 2045

Bernama
Bernama
30/05/2024
13:05 MYT
Korea Selatan rancang mendarat di bulan pada 2032, kibar bendera di Marikh 2045
Yoon menekankan pentingnya memainkan peranan utama dalam menetapkan piawaian dalam ruang angkasa dan industri berkaitan. - Gambar fail/Bernama
SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol hari ini mengumumkan bahawa Korea Selatan akan berusaha merealisasikan projek angkasa lepas untuk menghantar kenderaan penerokaan angkasa lepas ke bulan menjelang 2032 dan mengibarkan bendera kebangsaan di Marikh menjelang 2045.
Yoon mendedahkan rancangan untuk melabur 100 trilion won (US$72.5 bilion) menjelang 2045 semasa majlis pembukaan agensi angkasa baharu negara itu, Pentadbiran AeroSpace Korea (KASA), di Sacheon, kira-kira 300 kilometer di selatan Seoul.
"Kami akan mendaratkan kenderaan penerokaan angkasa lepas kami di bulan pada 2032 dan meletakkan Taegeukgi di Marikh pada 2045," kata Yoon dalam ucapan pembukaannya.
Yoon berjanji untuk meningkatkan bajet dan pelaburan dalam industri angkasa dan aeroangkasa untuk meningkatkan daya saing mereka. "Kami akan memperluaskan bajet berkaitan kepada lebih 1.5 trilion won menjelang 2027 dan menarik pelaburan kira-kira 100 trilion won menjelang 2045," katanya.
Kerajaan juga akan menetapkan 27 Mei ini sebagai Hari Aeroangkasa Angkasa bagi meningkatkan kesedaran mengenai penerokaan angkasa lepas.
Dalam menghadapi perlumbaan angkasa global yang semakin sengit, Yoon menekankan pentingnya memainkan peranan utama dalam menetapkan piawaian dalam ruang angkasa dan industri berkaitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkasa Lepas
#menarik pelaburan
#daya saing
#KASA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan