KUALA LUMPUR: Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Menteri Pentadbiran Program Pemerolehan Pertahanan Korea Selatan (DAPA), Mejar Jeneral (B) Seok Jong Gun berkata apabila Malaysia berhasrat untuk memodenkan kelengkapan tenteranya, kerjasama antara industri pertahanan kedua-dua negara akan menjamin jangka hayat dan kebolehpercayaan K200 IFV.
Beliau menambah keputusan Tentera Darat Malaysia untuk menaik taraf K200 IFV adalah pada masa yang kritikal kerana armada itu memerlukan peningkatan menyeluruh untuk memenuhi tuntutan peperangan moden.
"Korea Selatan menyediakan sokongan logistik menyeluruh untuk senjata yang dibekalkan kepada rakan kongsinya.
"Memandangkan Tentera Darat Malaysia berhasrat menaik taraf K200 IFV yang telah berkhidmat selama lebih 30 tahun, saya berharap peningkatan ini dapat dijalankan dengan kerjasama industri pertahanan Malaysia dan Korea Selatan supaya kenderaan tersebut boleh beroperasi dengan stabil untuk tempoh yang lebih lama," katanya.
Seok bercakap kepada Bernama sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2024 dari 6 hingga 9 Mei.
Sebanyak 111 kenderaan tempur infantri K-200 KIFV diimport dari Korea Selatan sejak 1990-an. Malaysia juga merupakan pelanggan eksport tunggal kenderaan berperisai ini.
Antara tahun 1993 dan 1995, Malaysia menerima 111 K200A1 - varian asas K200 yang dinaik taraf dengan enjin dan transmisi yang lebih berkuasa.
Varian yang dipertingkatkan ini menampilkan perisai tambahan dan enjin turbo berkuasa 350 hp. Ia juga dilengkapi dengan perlindungan NBC serta sistem pemadam kebakaran automatik.
Dalam perkembangan sama, Seok menjelaskan bahawa Korea Selatan berhasrat memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama industri dan logistik pertahanan dengan Malaysia sebagai sebahagian usaha memformalkan dan memperkukuh kerjasama pertahanan mereka.
"Berdasarkan MoU itu, kedua-dua negara boleh kerap membincangkan hala tuju kerjasama industri pertahanan dan mencari penyelesaian bagi sebarang isu yang mungkin timbul dalam pelbagai peringkat program kerjasama yang akan membantu mengukuhkan lagi perkongsian.
"Saya berharap kerjasama industri pertahanan yang mula berkembang selepas menandatangani kontrak untuk FA-50 dapat membawa kepada perkongsian yang lebih komprehensif dan berpanjangan melalui kerjasama dalam sistem senjata lain.
"Kerjasama ini bukan sahaja akan membantu Malaysia membina keupayaan dan rantaian bekalan tenteranya secara stabil tetapi juga menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran rantau Indo-Pasifik," kata Seok, yang berada di Kuala Lumpur untuk perhimpunan dunia di Pusat Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Pameran DSA dan Natsec yang berakhir pada Khamis (9 Mei) itu mempamerkan teknologi dan aset peperangan elektronik yang paling canggih di dunia dalam sektor pertahanan darat, udara dan laut dengan 34 negara mempunyai pavilion masing-masing termasuk Turkiye, China, Emiriah Arab Bersatu, Itali dan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyampaikan cenderahati kepada Seok semasa rundingan dua hala sempena DSA dan Natsec Asia 2024, di MITEC, Kuala Lumpur, 7 Mei 2024. - Gambar fail/ BERNAMA
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Rusia tolak dakwaan jalin kerjasama ketenteraan dengan Korea Utara
Moscow secara mutlaknya menolak tuduhan Washington dan sekutunya mengenai kerjasama teknikal ketenteraan haram Rusia dengan Korea Utara.
Iran, Arab Saudi ambil pendekatan pertama tingkatkan hubungan pertahanan
Selepas sembilan bulan Iran dan Arab Saudi memulihkan hubungan diplomatik, pegawai kanan pertahanan kedua-dua negara mula membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan.
Kim, Putin adakan sidang kemuncak di Rusia meski kebimbangan terhadap perjanjian senjata
Penganalisis meramalkan Korea Utara mungkin bersetuju membekalkan Rusia peluru dan senjata untuk operasi ketenteraan Rusia di Ukraine.
Dasar tangguh, batal projek baharu antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Fahmi Fadzil minta Perdana Menteri nyatakan mengenai dasar tersebut dan namakan projek baharu serta kos yang dijimatkan.