Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memuji rakyat Malaysia yang sama-sama berdiri menyokong teguh usaha kerajaan menyelesaikan krisis diplomatik dengan Korea Utara.
Najib berkata sokongan daripada rakan-rakan kerajaan dan pihak pembangkang adalah sikap terbaik sebagai rakyat Malaysia yang bersatu padu dan tidak bermain politik apabila berkait soal negara dan kedaulatannya.
"Alhamdulillah, setelah selesai proses rundingan, kesemua rakyat Malaysia yang ditahan di Korea Utara kini telah selamat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air tercinta, Malaysia.
"Sepanjang dugaan yang kita alami kali ini, sepertimana dugaan yang pernah kita tempuhi suatu ketika dahulu, saya tidak pernah hilang keyakinan bahawa kita sebagai sebuah negara mampu menghadapinya bersama," katanya dalam catatan bertajuk "Di Sebalik Dugaan" di laman blog www.najibrazak.com hari ini.
Awal pagi ini, sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara susulan perbalahan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pyongyang, selamat tiba di tanah air.
Ketegangan Malaysia dan Korea Utara timbul berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin negara itu Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb lepas.
Jong-nam, 46, dibunuh menggunakan agen saraf VX, oleh dua wanita asing semasa menunggu penerbangan pulang ke Macau di klia2.
Perdana menteri berkata pujian juga harus diberikan kepada para pegawai kerajaan termasuk para perunding, pegawai kedutaan, diplomat, pegawai kesihatan, pihak polis dan lain-lain yang telah memberikan usaha terbaik mereka di sebalik tabir.
"Alhamdulillah, hasil usaha mereka, kesemua rakyat Malaysia yang kita usahakan untuk dibawa pulang, telah pulang dengan selamat. Itu yang paling penting.
"Kita tidak akan tinggalkan sesiapa, dan apabila saya menyebut 'kita', saya yakin bahawa saya berbicara untuk kesemua 31 juta rakyat Malaysia," katanya.
Pergeseran diplomatik timbul apabila Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol membuat tuduhan tidak berasas terhadap Malaysia mengenai cara ia mengendalikan kes itu, yang mengakibatkan Malaysia mengisytiharkan beliau sebagai persona non grata (PNG).
Kang Chol meninggalkan Kuala Lumpur pada 6 Mac lepas.
Korea Utara bertindak balas dengan mengusir Duta Malaysia di Pyongyang.
Pada 7 Mac, Pyongyang menghalang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu dan Kuala Lumpur mengambil tindakan sama ke atas warganegara Korea Utara yang berada di negara ini.
Perdana menteri berharap peristiwa yang berlaku ini akan menjadi pemangkin untuk rakyat Malaysia terus berdiri teguh di belakang bendera negara, Jalur Gemilang.
"Berikan sokongan kepada negara tercinta pada setiap masa - bukan hanya ketika masalah atau dugaan melanda.
"Ingat dan peganglah dalam dada, inilah bumi bertuah tempatku lahir, inilah di mana aku akan disemadikan, inilah kebanggaanku. Inilah Negaraku, Malaysia," katanya. -- Bernama
Bernama
Fri Mar 31 2017

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memuji rakyat Malaysia yang sama-sama berdiri menyokong teguh usaha kerajaan menyelesaikan krisis diplomatik dengan Korea Utara. - Gambar fail

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.

Kini adalah masa untuk Korea Utara siap hadapi perang - Kim Jong-un
Keadaan geopolitik tidak stabil beri petanda untuk Korea Utara lebih bersedia menghadapi peperangan berbanding sebelum ini, kata Kim Jong-un.

Korea Utara lancar peluru berpandu, Jepun kemuka amaran berlindung
Korea Utara dilaporkan menembak sebuah peluru berpandu pada Khamis, yang telah memicu amaran perlindungan di pulau Hokkaido, Jepun.

Kim Jong-un arah tentera Korea Utara siap siaga
Kim Jong Un arahkan tentera perkukuh pertahanan perang, sebagai persediaan untuk bertindak balas dengan ancaman negara lain.

Korea Utara ikrar jadi negara kuasa nuklear paling berkuasa
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un berkata negaranya berhasrat memiliki pasukan kuasa nuklear terbesar di dunia pada satu hari nanti.

Korea Utara catat 6 lagi kematian disyaki akibat COVID-19
Enam kematian itu dilaporkan setakat 6 petang Isnin, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 56.

Rakyat Korea Utara menangis, Kim Jong-un susut berat badan
Rakyat Korea Utara dilaporkan bimbang dan ada di antara mereka yang menangis melihat penampilan baharu pemimpin tertinggi negara itu, Kim Jong-un, yang kehilangan berat badan secara mendadak.

Kim Jong-un dapat gelaran baharu, langkah simbolik kukuhkan kuasa
Ia dilihat sebagai satu langkah yang simbolik untuk mengukuhkan kuasanya tatkala berdepan dengan situasi ekonomi yang semakin mencabar.

Murid prasekolah Korea Utara kini diwajib ambil subjek cerita kehebatan Kim Jong-un
Pelajar prasekolah di Korea Utara dipaksa untuk mengikuti mata pelajaran Greatness Education yang menceritakan mengenai kehebatan pemimpin negara itu, Kim Jong-un selama 90 minit pada setiap hari.

Kim Jong Un dilapor koma, adiknya Kim Yo Jong ambil alih pemerintahan
Ia susulan langkah dibuat pemimpin itu yang menyerahkan sebahagian kuasa pemerintahan kepada adik perempuannya Kim Yo Jong beberapa hari lalu.

Adik perempuan Kim Jong-un ancam tindakan ketenteraan terhadap Korea Selatan
Yo-jong mengulangi ancaman yang menyatakan Seoul bakal menyaksikan keruntuhan pejabat perhubungan dua Korea di bandar sempadan Kaesong.