Pelajar Malaysia yang terperangkap di Wuhan tidak sabar untuk pulang ke tanah air selepas mengetahui pihak berkuasa China telah memberi kebenaran untuk berbuat demikian.
Pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Geosains di Wuhan, Balachandar Subramaniyan, 43 tahun, berkata, beberapa pegawai Kedutaan Malaysia di China telah menghubunginya melalui aplikasi WeChat petang Sabtu bagi memaklumkan mengenai perkara tersebut.
"Selepas sahaja berbalas mesej dengan pegawai Kedutaan Malaysia kira-kira pukul 6 petang semalam, saya dan isteri terus mengemas barangan kami. Ada beberapa lagi yang akan saya kemaskan pagi ini.
"Saya difahamkan pegawai Kedutaan Malaysia akan mengambil masa kira-kira 13 hingga 15 jam untuk tiba di sini kerana jarak dari Beijing ke Wuhan kira-kira 1,200 kilometer dan mereka pula menggunakan jalan darat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Ahad.
BACA: Koronavirus: Kedutaan Malaysia di Beijing hantar pasukan ke Wuhan
Jelas Balachandar, bekalan makanan mereka sekeluarga di Wuhan ketika ini masih mencukupi kerana telah membeli beberapa barangan seperti makanan dalam tin sebelum sambutan Tahun Baharu Cina, iaitu 10 hari lalu.
"Saya juga keluar ke pasar membeli sayur-sayuran dan menggunakan bekalan makanan seperti tepung serta ikan bilis yang dikirimkan oleh keluarga mentua," katanya.
Tambah Balanchandar, jika penerbangan pulang dari China dijadualkan malam ini, dijangka dia sekeluarga dan beberapa rakyat Malaysia lain akan tiba di tanah air pada pagi Isnin.
"Selesai sahaja proses dokumentasi dengan pihak berkuasa di Malaysia, saya akan pulang ke rumah keluarga saya di Sabak Bernam, Selangor terlebih dahulu sebelum ke rumah mentua di Simpang Empat, Hutan Lintang, Perak," katanya.
Sementara itu, Ivan Yeo yang menuntut di universiti sama memberitahu, beliau difahamkan pegawai Kedutaan Malaysia di China akan bertemu dengan rakyat Malaysia di Wuhan dan membawa mereka ke lapangan terbang sama ada hari ini atau esok.
"Buat masa ini, kesihatan saya berada dalam keadaan baik sebab saya tidak keluar dari bilik sejak 22 Januari lalu, iaitu kira-kira dua minggu.
"Dalam tempoh itu juga saya hanya makan mi segera, dan ia juga hampir habis," katanya yang berasal dari Bintulu, Sarawak.
Dalam pada itu, seorang lagi pelajar Malaysia di Universiti Sains dan Teknologi Huazhong di Wuhan, Lai Hsiaw Jie, 24 tahun, sangat gembira selepas mengetahui mengenai kebenaran pulang itu.
"Saya tak sabar nak jumpa dengan keluarga sebab sebelum ini saya merancang pulang ke Kedah pada 23 Januari lalu untuk menyambut Tahun Baharu Cina.
"Tetapi disebabkan bandar Wuhan telah ditutup, tiket kapal terbang itu terpaksa dibatalkan dan akhirnya saya menyambut bersama rakan-rakan dan keluarga mereka di sini," kata pelajar Sarjana Perubatan itu.
Farhana Joni
Sun Feb 02 2020
Balachandar Subramaniyan bersama isteri dan anak-anaknya tidak sabar untuk pulang ke tanah air. - Foto ihsan Balachandar
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Koronavirus: Pelajar Malaysia di Wuhan tidak sabar pulang ke tanah air
Beberapa pegawai Kedutaan Malaysia di China telah menghubunginya melalui aplikasi WeChat petang Sabtu bagi memaklumkan mengenai perkara tersebut.