awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: Sabah teliti keperluan bekalkan alat pencegahan kepada petugas di pintu masuk negeri

Bernama
Bernama
26/01/2020
03:55 MYT
Koronavirus: Sabah teliti keperluan bekalkan alat pencegahan kepada petugas di pintu masuk negeri
Mohd Shafie berkata Sabah juga mengambil langkah berjaga-jaga memperketatkan pengawasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. - Astro AWANI
Kerajaan negeri Sabah meneliti keperluan membekalkan peralatan pencegahan untuk petugas seperti anggota penguat kuasa yang memeriksa warga asing di pintu masuk negeri bagi mengelak penularan wabak koronavirus.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata wujud keperluan mengagihkan peralatan pencegahan seperti penutup hidung dan mulut, sarung tangan dan pencuci tangan (hand sanitizer) kepada petugas terlibat bagi mencegah jangkitan virus itu.
"Saya ingat Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat serta Kementerian Pelajaran dan Inovasi sedang mengusahakan perkara ini," katanya kepada pemberita selepas sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Parti Warisan Sabah cawangan Bandar Baru Semporna di sini, malam tadi.
Beliau berkata Sabah juga mengambil langkah berjaga-jaga memperketatkan pengawasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).
"Kita ambil langkah proaktif, pencegahan, misalnya meletakkan kemudahan saringan kesihatan untuk mengesan tahap kesihatan pelancong yang datang," katanya.
Setakat ini, dilaporkan empat warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor dari Singapura disahkan positif 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) .
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan negeri Sabah
#Kota Kinabalu
#Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
#Mohd Shafie Apdal
#pelancong
#pengawasan
#peralatan pencegahan
#pintu masuk
#Sabah
#Singapura
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan