awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sembilan termasuk empat penuntut cedera letupan di universiti swasta
Teksi air Pulau Pinang belum dapat direalisasikan - Loke
Warga Indonesia dipenjara tiga bulan guna salinan kad pengenalan palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kos bahan binaan meningkat pada Disember 2025, seiring harga simen, pasir - Perangkaan

Bernama
Bernama
12/01/2026
06:50 MYT
Kos bahan binaan meningkat pada Disember 2025, seiring harga simen, pasir - Perangkaan
Kos bahan binaan meningkat pada Disember 2025 disebabkan oleh kenaikan harga simen dan pasir, menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia. -Foto Dagang News
KUALA LUMPUR: Kos bahan binaan meningkat pada Disember 2025, didorong oleh harga simen dan pasir yang lebih tinggi, menurut data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Ringkasan AI
  • Kos bahan binaan meningkat pada Disember 2025 disebabkan oleh kenaikan harga simen dan pasir, menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia.
  • Harga simen naik antara 2.0% hingga 6.1% setiap tahun, sementara harga pasir turut mengalami kenaikan bulan ke bulan antara 0.1% hingga 4.8% di Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak.
  • Walaupun harga keluli dan logam menunjukkan penurunan sedikit, harga simen dan keluli mengalami kenaikan sederhana, memberi kesan kepada Indeks Kos Bahan Binaan untuk semua kategori bangunan di seluruh negara.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Indeks harga seunit simen meningkat antara 1.2 peratus dan 3.2 peratus berbanding bulan sebelumnya, kata DoSM dalam Siaran Khas untuk Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan dan Struktur, Disember 2025.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan tertinggi dicatatkan di Terengganu dan Kelantan pada 3.2 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada 1.8 peratus dan Pahang pada 1.6 peratus.
Harga pasir juga naik sedikit pada Disember dengan kenaikan bulan ke bulan antara 0.1 peratus hingga 4.8 peratus di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, katanya.
Sebaliknya, indeks harga seunit keluli merosot sedikit antara 0.1 peratus dan 1.0 peratus pada setiap bulan.
Bagaimanapun, indeks harga keluli dan logam mencatatkan peningkatan sederhana antara 0.1 peratus dan 1.1 peratus di semua wilayah.
Bagi perbandingan tahun ke tahun, indeks harga seunit keluli menguncup antara 3.2 peratus dan 7.1 peratus pada Disember 2025 berbanding tahun sebelumnya, meliputi kebanyakan kawasan di seluruh negara.
Penurunan paling ketara direkodkan di Sibu pada 7.1 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada 6.8 peratus dan Kota Kinabalu pada 6.5 peratus.
Namun, harga simen menokok setiap tahun, dengan indeks harga seunit meningkat antara 2.0 peratus dan 6.1 peratus di semua kawasan.
Mohd Uzir berkata harga purata keluli, terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan jenis Mycon 60 high tensile deformed bars (batang logam dengan kekuatan tegangan tinggi) meningkat sedikit sebanyak 0.1 peratus kepada RM3,512.10 setiap tan metrik pada Disember daripada RM3,509.60 setiap tan metrik pada November.
Harga purata simen Ordinary Portland melonjak sebanyak 0.8 peratus kepada RM24.55 setiap beg 50 kilogram (kg) berbanding RM24.35 sebelumnya.
Sementara itu, Indeks Kos Bahan Binaan (IKB) dengan bar keluli untuk semua kategori bangunan di Semenanjung Malaysia mencatatkan peningkatan bulan ke bulan antara 0.1 peratus dan 2.0 peratus pada Disember, Sabah juga menyaksikan peningkatan antara 0.1 peratus dan 0.9 peratus merentasi semua kategori.
Di Sarawak, IKB dengan bar keluli turun sedikit antara 0.1 peratus dan 0.2 peratus bagi beberapa kategori bangunan di Sibu, manakala indeks bagi semua kategori di Kuching dan Miri naik antara 0.1 peratus dan 0.5 peratus.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah faktor yang menyebabkan kos bahan binaan meningkat pada Disember 2025? A: Harga simen dan pasir yang lebih tinggi adalah antara faktor utama yang mendorong peningkatan kos bahan binaan pada bulan tersebut.
  • Q: Adakah terdapat perbezaan ketara dalam kenaikan harga bahan binaan antara negeri-negeri di Malaysia pada bulan Disember 2025? A: Ya, Terengganu dan Kelantan mencatatkan peningkatan tertinggi dalam harga simen pada 3.2 peratus, manakala Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis juga mengalami kenaikan pada 1.8 peratus.
  • Q: Bagaimanakah trend harga keluli dan logam pada Disember 2025 berbanding dengan bulan-bulan sebelumnya? A: Indeks harga seunit keluli merosot sedikit antara 0.1 hingga 1.0 peratus setiap bulan, manakala harga keluli dan logam secara keseluruhan mengalami peningkatan sederhana antara 0.1 hingga 1.1 peratus di semua wilayah.
  • Q: Mengapakah harga simen menunjukkan peningkatan setiap tahun berbanding dengan harga keluli yang menguncup pada Disember 2025? A: Harga simen menunjukkan peningkatan setiap tahun berbanding harga keluli yang menguncup mungkin disebabkan oleh permintaan yang tinggi atau faktor-faktor lain yang mempengaruhi pasaran bahan binaan secara berbeza.
  • Q: Adakah Indeks Kos Bahan Binaan (IKB) di Semenanjung Malaysia menunjukkan corak yang sama dengan Sabah dan Sarawak pada bulan Disember 2025? A: IKB dengan bar keluli untuk semua kategori bangunan di Semenanjung Malaysia mencatatkan peningkatan bulan ke bulan, sementara Sabah dan Sarawak juga mengalami peningkatan tetapi dengan sedikit perbezaan antara kawasan-kawasan di Sabah dan Sarawak.

Topic Berkaitan
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#kos bahan binaan
#kenaikan harga simen dan pasir
#harga keluli dan logam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan