awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan semak semula SOP, proses pelesenan di Wilayah Persekutuan
Op Layar: SPRM beku 21 akaun, sita dua hotel milik pegawai kanan TLDM
[TERKINI] Kerajaan Selangor batal projek ternakan babi Bukit Tagar - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kos hantar pulang PATI dibiaya syarikat penyumberan luar

Bernama
Bernama
28/08/2013
23:45 MYT
Kos hantar pulang PATI dibiaya syarikat penyumberan luar
Kos penghantaran pulang pendatang tanpa izin, yang akan diburu mulai Ahad ini, akan dibiaya syarikat penyumberan luar yang menjalin kerjasama erat dengan kedutaan dan suruhanjaya tinggi.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan bersepadu pelbagai agensi dijangka mampu mengusir pendatang berkenaan dari negara ini dan selepas ditangkap, mereka akan dihantar pulang segera bagi mengelak kesesakan di pusat tahanan di negara ini.
Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri akan menjalin kerjasama erat dengan kedutaan dan suruhanjaya tinggi bagi mengurangkan tempoh tahanan.
"Mereka (Syarikat penyumberan luar) akan bekerjasama dengan kedutaan serta suruhanjaya tinggi bagi membayar kos penghantaran pulang pendatang tanpa izin," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Poland ke Malaysia Profesor Dr Adam W. Jelonek di pejabat beliau pada Rabu.
Laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini menyebut kira-kira setengah juta pendatang tanpa izin akan diburu mulai Ahad ini untuk dihantar pulang ke negara asal mereka.
Operasi itu akan membabitkan kira-kira 135,000 petugas Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera, Rela, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Pendaftaran Negara dan majlis tempatan.
Mereka akan melakukan serbuan khususnya di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor, yang dikenal pasti sebagai sarang pendatang tanpa izin.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
#pati
#syarikat penyumberan luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan