KUALA LUMPUR: Kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kekal pada RM50.27 bilion biarpun selepas kerajaan Selangor meluluskan cadangan Jajaran Utara ECRL Seksyen C, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Menurutnya, keputusan kerajaan Selangor itu akan memuktamadkan pembinaan jajaran ECRL sejauh 665 kilometer yang merangkumi 59 terowong serta beberapa jejambat dengan panjang keseluruhannya 127 kilometer.
"Anggaran kos RM50.27 bilion ini mengambil kira kerja-kerja terowong berkembar Genting sepanjang 16.39 kilometer yang menggunakan dua mesin pengorek terowong (TBM) canggih serta Terowong Serendah sepanjang 14.10 kilometer melalui kaedah letupan dan gerudi.
"Kos ECRL ini juga akan merangkumi pengangkutan rel ECRL yang apabila beroperasi kelak terdiri daripada set unit 'electric multiple' (EMU) bagi penumpang dan lokomotif serta gerabak untuk perkhidmatan kargo," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Dokumen (Jajaran Utara) ECRL Seksyen C di sini, hari ini.
Terdahulu ketika berucap, Wee berkata Jajaran Utara ECRL ini akan memasukkan Serendah Bypass yang amat diperlukan untuk perkhidmatan rel Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) ke dalam skop Projek ECRL.
"Landasan berkembar yang terdiri daripada landasan Tolok Meter dan Tolok Standard akan dibina di antara Serendah dan Pelabuhan Klang.
"Serendah Bypass akan berfungsi sebagai laluan pelepasan kargo yang penting untuk perkhidmatan rel kargo KTMB yang berdepan kesesakan rel ketika melintasi pusat bandar Kuala Lumpur," katanya.
Menurut Wee, Serendah Bypass juga dijangka meningkatkan jumlah kargo ECRL yang apabila beroperasi akan menampung kargo dari negeri-negeri Pantai Timur dan laluan KTMB sedia ada.
"Penjajaran ini akan menjadikan ECRL infrastruktur yang berdaya maju sejajar dengan nisbah hasil 70 peratus perkhidmatan kargo dan 30 peratus perkhidmatan penumpang.
"Atas faktor ini jajaran asal ECRL yang ditambah baik akan memasukkan landasan dwitolok kira-kira 30 kilometer dari stesen ECRL Jalan Kastam ke kawasan pelabuhan Northport dan Westport," katanya.
Beliau berkata, pembinaan ECRL juga dijangka memacu pertumbuhan sektor pembinaan dan bahan binaan serta menyokong pengambilan tenaga kerja tempatan, termasuk kalangan profesional, pekerja mahir dan pekerja am bagi menampung aktiviti berkaitan.
Bernama
Thu Dec 02 2021
Wee berkata Jajaran Utara ECRL ini akan memasukkan Serendah Bypass yang amat diperlukan untuk perkhidmatan rel Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) ke dalam skop Projek ECRL. - Gambar fail
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Pas tidak anggap Kuala Kubu Baharu kubu kuat DAP, yakin rampas
Pas tidak menganggap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebagai kubu kuat DAP menjelang pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 11 Mei depan.
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
Narendra Modi, pembangkang tamat kempen Pilihan Raya India
Menuju pilihan raya umum, Perdana Menteri India Narendra Modi dan pemimpin parti pembangkang utama Kongres Rahul Gandhi dan Priyanka Gandhi menamatkan kempen pada Rabu.
Kes kematian di Indonesia meningkat
Kes kematian akibat demam denggi di Indonesia semakin membimbangkan apabila mencatatkan peningkatan 179.4 peratus bersamaan 475 mangsa berbanding 170 nyawa terkorban dalam tempoh sama, tahun lalu.
Siti Nurhaliza bakal tampil persembahan cinta setinggi awan Ogos ini
Konsert ini akan diadakan pada jam 8.30 malam di Arena of Stars dan bakal membawa konsep Love in the Sky atau Cinta di Awan.
Enam ditangkap, tiga lagi dikesan terlibat rompakan emas terbesar
Pihak berkuasa Kanada dan Amerika Syarikat mengumumkan enam individu telah ditangkap manakala tiga lagi sedang dikesan berhubung rompakan emas terbesar dalam sejarah Kanada pada Rabu.
Pas tidak anggap Kuala Kubu Baharu kubu kuat DAP, yakin rampas
Pas tidak menganggap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebagai kubu kuat DAP menjelang pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 11 Mei depan.
LPP akan mohon kuota tambahan beras putih tempatan
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan memohon kuota tambahan beras putih tempatan (BPT) sekiranya jumlah yang diperuntukkan tidak mencukupi.
Papagomo kemuka representasi gugur tuduhan kes hasutan kaitkan kerajaan pro Israel, Barat
Papagomo mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan Barat.
Kerajaan akan pastikan tambang ECRL berpatutan - Loke
Loke berkata kerajaan sentiasa mengambil kira kepentingan rakyat dalam menentukan harga tiket penumpang
Projek ECRL: Kos pembinaan jimat RM11.01 bilion hasil rundingan semula kontrak
Projek ECRL dijangka siap mengikut jadual ditetapkan iaitu pada Disember 2026.
Kos ECRL dikurangkan RM11.01 bilion - Anwar
Hasil rundingan yang cekap, kos Projek Laluan Rel Pantai Timur kini RM74.96 bilion berbanding RM85.97 bilion pada 2016.
Sidang DUN: Kemajuan projek ECRL Terengganu lebih 40 peratus
Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu sudah mencapai kemajuan sebanyak 43.96 peratus setakat Oktober lepas.
ECRL: 1,547 lot tanah fasa satu di Kelantan selesai, diwartakan - Takiyuddin
Sebanyak 1,547 lot tanah bagi fasa satu Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah selesai dan diwartakan di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960.
Kos projek ECRL kekal pada RM50.27 bilion - Wee Ka Siong
Kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kekal pada RM50.27 bilion biarpun selepas kerajaan Selangor meluluskan cadangan Jajaran Utara ECRL Seksyen C.
Jajaran ECRL dilanjutkan sehingga 665 km - Wee Ka Siong
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ditambah baik dengan melanjutkan jajaran asal daripada 640 kilometer (km) kepada 665 km bagi membentuk sistem jaringan rel yang lebih cekap.
Kadar kemajuan projek ECRL capai 29 peratus
Angka itu menunjukkan kemajuan projek itu satu peratus lebih awal daripada jadual asal.
Kerajaan runding semula jajaran asal ECRL Mentakab - Pelabuhan Klang
Rundingan semula dengan pihak kerajaan China dan kontraktor utama ECRL bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung kos dan jadual projek membabitkan jajaran Mentakab-Pelabuhan Klang.
ECRL: RM20.37 bilion telah dibayar sehingga 13 Julai lepas
Bayaran itu membabitkan kerja-kerja awalan seperti siasatan tanah, kerja ukur, reka bentuk, yuran jururunding dan jurutera pemeriksa bebas.