awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kos urus jenazah pesakit COVID-19: Hospital di Perak, JAIPk tidak kenakan bayaran

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
11/08/2021
10:39 MYT
Kos urus jenazah pesakit COVID-19: Hospital di Perak, JAIPk tidak kenakan bayaran
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dipertanggungjawabkan mengurus jenazah beragama Islam, manakala yang bukan Islam diuruskan konsortium. - Gambar hiasan/ Bernama
IPOH: Hospital di Perak tidak mengenakan sebarang bayaran untuk kos pengurusan jenazah bagi pesakit yang meninggal dunia akibat COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dipertanggungjawabkan mengurus jenazah beragama Islam, manakala yang bukan Islam diuruskan konsortium.
''Selepas proses keluar daripada hospital kita tidak tahu samada waris berkemungkinan ada mengambil van daripada mana-mana syarikat untuk perkhidmatan.
''Tetapi yang pasti, di Perak pihak hospital memang tidak mengenakan sebarang bayaran untuk menguruskan bagi jenazah pesakit COVID-19,'' katanya di sini pada Rabu.
Pengurusan Jenazah | Caj tayamum jenazah COVID-19 tidak masuk akal
Tambah Mohd Akmal, waris kepada pesakit yang meninggal dunia akibat COVID-19 boleh membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan khas sebanyak RM5,000 yang diperuntukkan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Dalam pada itu, Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin memberitahu, pihaknya turut tidak mengenakan sebarang bayaran ke atas waris bagi pengurusan jenazah pesakit yang meninggal dunia akibat COVID-19.
''JAIPk memang tidak mengenakan sebarang bayaran, namun segala bayaran (jika ada) ianya diuruskan oleh Jawatankuasa Pengurusan tanah perkuburan,'' jelas beliau.
BACA: Kos urus jenazah pesakit COVID-19 melampau, aniaya keluarga - NGO
BACA: "RM1,400 sangat mahal" - Waris mangsa COVID-19 kesal kos tayamum membebankan
Astro AWANI sebelum ini menyiarkan laporan waris pesakit COVID-19 yang meninggal dunia di beberapa hospital di Kelantan dikenakan bayaran antara RM1,300 sehingga RM1,800 bagi urusan memandikan jenazah menggunakan kaedah tayamum dan mengkafankan jenazah.
Caj berkenaan dianggap melampau kerana tidak termasuk bayaran keranda, solat jenazah, liang lahad dan pengurusan lain.
Topic Berkaitan
#pengurusan mayat
#pesakit COVID-19
#Perak
#JAIPk
#tayamum
#kos melampau
#Kelantan
#Exco
#Mohd Akmal Kamarudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan