awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN jamin bekalan keperluan asas di negeri terjejas banjir mencukupi

Bernama
Bernama
29/11/2024
06:57 MYT
KPDN jamin bekalan keperluan asas di negeri terjejas banjir mencukupi
Fuziah (kanan) semasa sidang media pada Majlis Perasmian Pembukaan Gudang Baharu Penyimpanan Tong Komposit LPG ACGAS di Kawasan Perindustrian Tasik Utama hari ini. - Foto BERNAMA
MELAKA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan stok bekalan barangan keperluan asas bagi negeri yang dilanda banjir adalah mencukupi.

Ringkasan AI
  • Jaminan Stok Mencukupi: KPDN memastikan stok barangan keperluan asas mencukupi untuk negeri-negeri yang dilanda banjir.
  • Lesen Khas untuk Pemborong: KPDN telah mengeluarkan lesen khas kepada pemborong untuk menambah stok hingga 30% sebagai persediaan menghadapi banjir.
  • Persediaan Awal: Persediaan telah dibuat sejak dua bulan lalu untuk memastikan bekalan tidak terputus walaupun negeri seperti Kelantan terjejas teruk oleh banjir.

Timbalan Menterinya Dr Fuziah Salleh berkata KPDN telah mengeluarkan lesen khas kepada pemborong untuk menambah stok bekalan keperluan hingga 30 peratus sebagai persediaan sekirannya banjir berlaku hingga menyebabkan kemasukan bekalan terputus.
"Kita telah membuat persediaan sekurang-kurangnya dua bulan lepas dan seperti sekarang kita tahu Kelantan seolah-olah terkepung kerana banjir dan sukar untuk bekalan masuk. Tapi tidak perlu bimbang kerana mereka di sana (pemborong) sudah bersedia dengan stok yang kita percaya mencukupi.
"Jadi tidak akan timbul isu bekalan dari Kuala Lumpur untuk sampai negeri-negeri yang mengalami banjir atau dijangka mengalaminya terputus kerana bekalan sudah siap sedia berada dalam kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan gudang baharu penyimpanan tong komposit gas petroleum cecair (LPG) ACGas Cawangan Melaka di Kawasan Perindustrian Tasik Utama Ayer Keroh di sini hari ini.
Hadir sama Pengarah KPDN Melaka Norena Jaafar dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Mohd Pisar Aziz.
Media melaporkan keadaan banjir semakin memburuk dengan mangsa terkini mencecah 73,390 orang daripada 22,669 keluarga di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor setakat pagi ini.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Banjir 2024
#Fuziah Salleh
#kpdn
#Bah Kuning
#stok bekalan barangan
#monsun timur laut
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan