awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100m T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN kaji semula garis panduan, pinda akta e-dagang untuk lindungi PMKS tempatan

Bernama
Bernama
22/01/2026
09:25 MYT
KPDN kaji semula garis panduan, pinda akta e-dagang untuk lindungi PMKS tempatan
Langkah proaktif digesa diambil demi mengawal keagresifan jenama F&B asing yang memasuki negara ini serta jualannya di platform e-dagang yang menetapkan harga sangat kompetitif. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mengkaji semula garis panduan penglibatan syarikat asing dalam sektor pengedaran perdagangan serta memuktamadkan pindaan Akta Perdagangan Elektronik 2006 bagi memastikan persaingan lebih adil kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Fuziah Salleh berkata, KPDN mengakui wujud kelompangan dalam garis panduan sedia ada yang dibangunkan pada 2020, berikutan kemasukan pesat jenama makanan dan minuman (F&B) dari luar negara yang berkonsepkan kedai pengkhususan.
"Kita dapati kebanyakan jenama F&B asing masuk secara pesat pada 2024. Maka, kita perlu menambah baik dan meneliti semula garis panduan yang dibangunkan pada 2020 itu," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Rodziah Ismail (PH-Ampang) mengenai langkah-langkah yang telah, sedang dan akan diambil untuk mengawal keagresifan jenama F&B asing di negara ini serta platform e-dagang yang menetapkan harga sangat kompetitif sehingga mengancam kelangsungan perniagaan PMKS tempatan.
Berhubung isu e-dagang, Fuziah berkata pindaan terhadap Akta Perdagangan Elektronik 2006 atau penggubalan undang-undang baharu dijangka dibentangkan dalam persidangan Parlimen akan datang.
"Kesimpulannya, perlu ada keseimbangan untuk membangunkan daya saing PMKS supaya persaingan berlaku secara adil. KPDN juga perlu bekerjasama dengan agensi lain, bukan sekadar melindungi industri secara pasif tetapi membangunkan industri tempatan agar lebih berdaya saing.
"Pasaran tidak ditutup, sebaliknya persaingan digalakkan untuk menjaga kepentingan pengguna. Insya-Allah, kita akan memastikan keseimbangan ini dan menjadikan ekosistem perdagangan lebih adil," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#garis panduan
#syarikat asing
#perdagangan
#PMKS
#E-dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan