KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mengkaji semula perundangan e-dagang sedia ada serta akan mencadangkan mekanisme kawal selia bersesuaian bagi memastikan kebajikan pemain industri dan pengguna terjamin.
Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata kajian berkenaan membabitkan Akta Perdagangan Elektronik 2006, Akta Perlindungan Pengguna 1999 serta Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012.
Beliau berkata KPDN akan bekerjasama dengan penyedia platfom e-dagang, pemain industri, persatuan pengguna dan pakar dalam memperkemaskan lagi akta tersebut.
"Setakat ini, undang-undang untuk mengawal selia barangan di platform e-dagang memang tiada, malah tiada undang-undang yang melarang atau memaksa dan menuntut penjual di platform tersebut memastikan barangan yang mereka tawarkan itu wujud.
"Selain itu, penyedia perkhidmatan juga tidak boleh mengambil tindakan kepada penjual jika apa-apa masalah berlaku," katanya dalam sidang media selepas merasmikan seminar Today's Malaysian E-Commerce and Consumer Protection Regulatory Framework: The Way Forward di sini hari ini.
Fuziah berkata seiring dengan perkembangan sektor e-dagang, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi pengguna kini.
Menurutnya ini termasuk adalah barangan yang dibeli dalam talian tidak sampai atau tidak memenuhi kehendak pelanggan, standard keselamatan produk tidak mengikut piawaian ditetapkan, serta dark pattern iaitu teknik tidak beretika dilakukan peniaga dalam talian untuk mempengaruhi dan mengelirukan pengguna.
"KPDN menerima peningkatan bilangan aduan khususnya melibatkan transaksi dalam talian. Hingga 31 Ogos lepas, sejumlah 10,377 aduan atau 35 peratus daripada jumlah keseluruhan aduan merupakan kes aduan transaksi dalam talian," katanya.
Beliau berkata aduan tertinggi yang diterima adalah daripada platform e-dagang Shopee, diikuti Facebook dan Instagram.
Selain itu, Fuziah turut memaklumkan pihaknya turut menerima aduan mengenai penjual dalam talian yang menawarkan barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak paket melebihi harga kawalan dan telah dimaklumkan kepada penguat kuasa untuk menyiasat serta mengambil tindakan.
Terdahulu, seminar berkenaan diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kedudukan semasa sektor e-dagang di Malaysia dan trend di peringkat antarabangsa, serta mengkaji kaedah dan amalan terbaik pengawal seliaan industri e-dagang di negara lain untuk diadaptasi di negara ini.
Seminar yang berlangsung hingga esok itu dihadiri wakil kementerian dan agensi kerajaan, pemain industri serta pihak berkepentingan yang berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023

Fuziah berkata kajian berkenaan membabitkan Akta Perdagangan Elektronik 2006, Akta Perlindungan Pengguna 1999 serta Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012. - Gambar fail

Mayat lelaki dipercayai pelancong India ditemukan dalam sungai - Polis
Satu mayat lelaki dipercayai pelancong India yang hilang ketika mendaki Gunung Jasar, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang ditemukan di dalam sungai di kawasan sempadan Perak-Pahang hari ini.
Rakyat Maldives tunai tanggungjawab pilih Presiden
283,000 pengundi di Maldives pada Sabtu menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk memilih Presiden, lapor Agensi Berita Jerman. Pemilihan Presiden itu menyaksikan pertembungan antara calon pro-India dan pro-China.
Robert Kennedy Jr sertai Pemilihan Presiden AS 2024
Calon Presiden Amerika Syarikat, Robert F. Kennedy Jr akan mengumumkan untuk bertanding sebagai calon bebas.
Suspek kedua tebang pokok ikonik Sycamore di UK ditahan
Seorang lagi ditahan kerana disyaki menebang pokok Sycamore Gap berusia 300 tahun di utara England.
"Saya ada rasa tak sedap hati..." - Rakan mangsa
Perasaan tidak sedap hati seorang wanita berakhir dengan perkhabaran sahabat baiknya maut ditikam suami di rumahnya di Jalan Padang Nyu, Arau pada Sabtu.
Sultan Nazrin berkenan sempurnakan perasmian
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan majlis perasmian Perak Agrofest 2023 di Sungai Siput, pada Sabtu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 September 2023.
Kerajaan Selangor tunggu kelulusan KM untuk roboh Stadium Shah Alam
Kerajaan Selangor sedang menunggu kelulusan kebenaran merancang (KM) untuk melaksanakan perobohan Stadium Shah Alam yang bakal diganti dengan Kompleks Stadium Shah Alam (KSSA) baharu.
Tuntutan guru di Malaysia bukti lebih fokus kepada pengajaran
Guru-guru di Malaysia lebih fokus kepada tugas sebagai tenaga pengajaran jika dilihat dari tuntutan dan keluhan mereka yang inginkan agar tidak dibebankan dengan tugas lain di luar bidang pengajaran.
SOP penyelenggaraan kemudahan sukan ditingkatkan - Fadhlina
Prosedur operasi standard (SOP) penyelenggaraan terhadap kemudahan sukan di sekolah akan ditingkatkan bagi memastikan kawasan sekolah adalah sifar kemalangan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau."

Polis tahan kapal kargo bawa 40,000 liter diesel tanpa permit
Tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen yang sah dikeluarkan KPDN.

Jualan Rahmah dua kali sebulan di peringkat DUN mulai Ogos - Fuziah
KPDN menerima peruntukan tambahan RM50 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, 30 Julai lepas.

Aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi di Rawang tumpas
Modus operandi sindiket adalah dengan membeli minyak masak paket 1kg bersubsidi, kemudian dipindahkan ke dalam sebuah tangki dan dibotolkan semula.

Program Jualan Rahmah beri manfaat kepada dua juta rakyat - KPDN
Sepanjang tempoh itu juga sebanyak 1,133 program jualan dilaksanakan dengan nilai jualan RM51.2 juta telah direkodkan.

KPDN sedia kerjasama dengan KPKM banteras isu tukar label kampit beras - Salahuddin
Salahuddin berkata, walaupun ia terletak di bawah bidang kuasa KPKM menerusi Kawalselia Padi dan Beras (KPB) namun pihaknya juga akan bertindak apabila aduan diterima.

Prestasi inisiatif Rahmah akan dinilai pada mesyuarat khas KPDN akhir Jun ini - Salahuddin
Mesyuarat itu adalah bagi menilai inisiatif Rahmah secara komprehensif dan holistik sejak ia dilaksanakan Januari lepas.

KPDN Selangor rampas 10,000 beg tangan tiruan berjenama
Rampasan yang dianggarkan bernilai RM1 juta itu adalah susulan serbuan di dua premis dalam sebuah pasar raya di Klang.

Diesel lebih RM88,000 disyaki diseleweng dirampas di Alor Setar
Premis yang diserbu itu tidak mempunyai kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan untuk berurus niaga dengan barang kawalan.

95 peratus Aduan Suri berjaya diselesaikan - Fuziah
Sebanyak 95 peratus daripada 909 aduan yang diterima menerusi kod QR Aduan Suri sejak bulan lepas berjaya diselesaikan dan diambil tindakan.