awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun

Bernama
Bernama
23/12/2025
15:15 MYT
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
Azman ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2025 di Pasaraya Mydin, Tunjong hari ini. - Gambar Bernama
KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merekodkan nilai rampasan hampir RM4.7 juta menerusi penguatkuasaan di seluruh negeri sepanjang tahun ini, kata Pengarahnya Azman Ismail.

Ringkasan AI
  • KPDN Kelantan rampas hampir RM4.7 juta nilai barang dengan 98,842 pemeriksaan dilakukan sepanjang tahun, melibatkan 1,355 kes pelbagai kesalahan.
  • Tangkapan termasuk 89,280.61 liter petrol, 35,598 liter diesel, dan barangan kawalan bersubsidi seperti minyak masak, gula, tepung gandum, serta gas petroleum cecair.
  • Program pasar raya seluruh negeri dijalankan sempena Krismas untuk bantu ibu bapa persiapan persekolahan dengan 32 pasar raya menyertai Program Jualan Rahmah MADANI.

Beliau berkata sebanyak 98,842 pemeriksaan dilakukan dengan 1,355 kes pelbagai kesalahan direkodkan dan 220 tangkapan selain 37 kes telah dituduh di mahkamah melibatkan denda berjumlah RM216,000 selain kompaun RM800,050 dikenakan.
"Bagi kes penyelewengan bahan api, sebanyak 89,280.61 liter petrol bernilai RM193,544.83 dirampas selain 35,598 liter diesel bernilai RM93,679.29," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2025 di sebuah pasar raya di sini hari ini.
Azman berkata KPDN Kelantan turut menyita barangan kawalan bersubsidi, iaitu minyak masak 42,562 kilogram (kg) bernilai RM106,275.40, gula (6,656 kg, RM19,127.97) dan tepung gandum (3,974.20 kg, nilai RM12,187.52) serta gas petroleum cecair (LPG) (2,332 kg, RM4,569).
Beliau mengingatkan peniaga supaya sentiasa mematuhi undang-undang manakala orang awam digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan salah laku peniaga kepada KPDN.
Sementara itu, sempena sambutan Krismas, Azman berkata 32 pasar raya di seluruh negeri menyertai Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) selain 43 pasar raya menyertai PJRM Kembali Ke Sekolah sebagai inisiatif membantu ibu bapa membuat persiapan persekolahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#kos sara hidup
#musim perayaan
#orang awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan