MELAKA: Kelicikan seorang pengusaha restoran mamak dengan membuka kedai runcit haram bersebelahan premis makanannya untuk mengaburkan aktiviti membekalkan barangan bersubsidi kepada restoran tersebut, terbongkar selepas diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, di sini hari ini.
Pengarahnya Norena Jaafar berkata kegiatan dua premis tersebut di Melaka Raya, Banda Hilir di sini yang dimiliki dan dikendalikan oleh warga asing itu, terbongkar menerusi maklumat orang awam serta siasatan dan operasi yang dilakukan penguat kuasa KPDN Melaka hari ini.
"Ini modus operandi terbaharu yang dikesan dan kita percaya ia dilakukan kerana kedai makan tidak dibenarkan menggunakan minyak masak paket bersubsidi yang dikhaskan untuk isi rumah, serta serbuan-serbuan yang kerap dilakukan oleh penguat kuasa.
"Jadi, mereka buka kedai runcit bersebelahan dengan kedai makan dengan beranggapan kedai runcit tersebut akan membekalkan barangan kawalan seperti gula, tepung dan minyak masak kepada kedai makan berkenaan," katanya pada sidang media selepas serbuan tersebut dilakukan.
Norena berkata dalam serbuan tersebut 493 kilogram (kg) minyak masak paket, 50 paket tepung gandum dan 276 paket gula bersubsidi serta dua tong gas petroleum cecair (LPG) dirampas, dengan jumlah keseluruhan dianggarkan hampir 845kg bernilai RM2,000.
Beliau berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu, akan memberi kesan kepada lebih 200 isi rumah yang sepatutnya mendapat barangan bersubsidi, terutamanya minyak masak paket 1kg.
Norena berkata hasil siasatan juga mendapati kedai runcit tersebut yang baru dibuka 10 hari lepas itu, bukan sahaja tidak berdaftar dengan pihak majlis berkuasa tempatan, malah tidak mempunyai sebarang dokumen atau permit kebenaran menyimpan barangan kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
"Mereka ini sangat berani melanggar peraturan dan langkah seterusnya ialah kita akan pergi kepada pemborong yang jual barangan kawalan ini kepada mereka (pemilik kedai runcit).
"Sekiranya ada kesalahan berlaku tindakan keras akan diambil, sebab kita sudah memberi amaran kepada pemborong, agar tidak menjual kepada mana-mana organisasi atau individu yang tidak mempunyai lesen bagi barangan kawalan. Malah kita juga akan terus melakukan pemantauan dan serbuan agar perkara ini tidak lagi berlaku di Melaka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Kedai runcit itu bukan sahaja tidak berdaftar dengan pihak majlis berkuasa tempatan, malah tidak mempunyai sebarang dokumen atau permit kebenaran menyimpan barangan kawalan berjadual. - Facebook KPDN Melaka
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KPDN Melaka tumpaskan sindiket seleweng diesel bersubsidi
Serbuan dibuat hasil pemantauan intensif anggotanya di lokasi 'panas' aktiviti penyeludupan dan pemindahan bahan api itu ke luar Melaka.
KPDN Melaka serbu kedai runcit bekal barang bersubsidi kepada restoran
Kegiatan dua premis di Melaka Raya, Banda Hilir yang dimiliki dan dikendali warga asing itu, terbongkar menerusi maklumat orang awam.
Peniaga di karnival, kedai makan tular diminta tidak naikkan harga sewenang-wenangnya
Pemeriksaan di karnival jualan makanan di beberapa kawasan mendapati hampir kesemua peniaga menaikkan harga jualan hingga 200 peratus.
KPDN Melaka terima 390 pelbagai aduan kepenggunaan
Antara aduan diterima membabitkan transaksi dalam talian iaitu tidak menerima barang atau perkhidmatan serta barang atau perkhidmatan diterima tidak seperti ditawarkan termasuk pakej umrah.
Tiga BRR di Melaka tawar Menu Rahmah
Setakat ini, 47 peniaga di ketiga-tiga BRR berkenaan secara sukarela berdaftar untuk menawarkan Menu Rahmah.