awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN Perak rampas diesel, aset bernilai lebih RM100,000 dalam serbuan di bengkel

Bernama
Bernama
09/08/2025
09:30 MYT
KPDN Perak rampas diesel, aset bernilai lebih RM100,000 dalam serbuan di bengkel
Kamalludin menegaskan KPDN tidak berkompromi terhadap individu yang terlibat dalam penyelewengan barang kawalan dan akan terus mengambil tindakan tegas. - Bernama
IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merampas 1,220 liter minyak diesel bersubsidi dan pelbagai aset bernilai RM132,446.80 dalam serbuan di sebuah bengkel di Kampung Kepayang di sini, semalam.
Pengarahnya Datuk Kamalludin Ismail berkata serbuan pada 6.10 petang itu turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun kerana gagal mengemukakan surat kebenaran, lesen atau permit menyimpan barang kawalan tersebut.
"Modus operandi sindiket ialah mendapatkan minyak diesel pada harga RM1.80 seliter daripada pemandu lori yang mencuri bekalan milik syarikat, sebelum menjualnya kepada pihak industri di pasaran gelap pada harga RM2.40 seliter," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kamalludin berkata pihaknya turut merampas dua lori, tangki intermediate bulk container (IBC) dan pam dari bengkel itu.
Siasatan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki atau menyimpan barang kawalan berjadual minyak diesel tanpa kebenaran bertulis daripada KPDN.
Kamalludin menegaskan KPDN tidak berkompromi terhadap individu yang terlibat dalam penyelewengan barang kawalan dan akan terus mengambil tindakan tegas untuk mencegah ketirisan subsidi kerajaan.
Orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan penyelewengan barang kawalan bersubsidi melalui WhatsApp 019-8488000, portal [email protected], talian bebas tol 1-800-886-800 atau aplikasi Ez Adu KPDN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDN Perak
#diesel bersubsidi
#serbuan
#Kamalludin Ismail
#pasaran gelap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan