awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN Perak sita aksesori telefon bimbit tiruan hampir RM30,000

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
04/11/2025
01:45 MYT
KPDN Perak sita aksesori telefon bimbit tiruan hampir RM30,000
Pegawai KPDN Perak memeriksa aksesori telefon bimbit yang disyaki tiruan dalam serbuan di empat lokasi di Ipoh, Manjung, Parit Buntar dan Taiping, pada Isnin. - Foto KPDN Perak
IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak melakukan empat serbuan ke atas premis perniagaan di beberapa lokasi semalam dan merampas 913 unit aksesori telefon bimbit dipercayai tiruan.

Ringkasan AI
  • KPDN Perak melakukan empat serbuan ke premis perniagaan dan merampas 913 unit aksesori telefon bimbit tiruan di beberapa lokasi, termasuk Ipoh, Manjung, Parit Buntar, dan Taiping.
  • Serbuan berikutan aduan mengenai penjualan alat ganti tiruan telefon bimbit berjenama ternama yang dipakaikan dengan cap dagangan salah, melibatkan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019.
  • Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM27,742 dan kes disiasat di bawah Akta Cap Dagangan demi menjaga hak pengguna serta pemilik cap dagang, serta membanteras penjualan barang tiruan untuk meningkatkan keyakinan pelabur asing terutamanya di Perak.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan di sekitar Ipoh, Manjung, Parit Buntar dan Taiping itu bertujuan membanteras penjualan dan pengedaran alat ganti tiruan telefon bimbit berjenama ternama.
Menurutnya, serbuan dilakukan hasil aduan dan maklumat oleh wakil pemilik cap dagang berhubung penjualan alat ganti dan aksesori telefon bimbit berjenama terkenal yang disyaki tiruan di premis-premis berkenaan.
Katanya, hasil pemeriksaan menemui sebanyak 913 unit aksesori telefon bimbit yang kesemuanya disyaki menggunakan cap dagangan berjenama yang dipakaikan dengan salah pada barangan tersebut.
“Wakil syarikat cap dagang telah melakukan pengesahan awal ke atas barangan terbabit.
“Premis berkenaan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019.
"Ia atas kesalahan mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan atau pengilangan apa-apa barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah di bawah Seksyen 100.
"Ia merupakan kesalahan yang disyaki telah dilakukan di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kamalludin berkata, kesemua barangan dan dokumen telah disita untuk siasatan lanjut dan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM27,742.
Kes akan disiasat di bawah Akta Cap Dagangan.
Kamalludin berkata, selain menjaga hak pengguna, KPDN turut memandang serius usaha melindungi hak pemilik cap dagang melalui pemantauan dan risikan berterusan ke atas premis yang menjual barangan berjenama.
Menurutnya, ia bagi membanteras penjualan barang tiruan, seterusnya dapat meningkatkan keyakinan pelabur asing terutamanya di Perak.
Topic Berkaitan
#cap dagang
#aksesori telefon bimbit tiruan
#produk tiruan
#KPDN Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan