awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN P.Pinang tahan lelaki cuba seleweng diesel bersubsidi

Bernama
Bernama
16/01/2023
14:44 MYT
KPDN P.Pinang tahan lelaki cuba seleweng diesel bersubsidi
KPDN Negeri Pulau Pinang menahan seorang lelaki dan merampas diesel bersubsidi bersama sebuah lori 'bonded' yang telah diubah suai bagi kegiatan penyelewengan bahan api itu, dalam serbuan hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pulau Pinang menahan seorang lelaki dan merampas diesel bersubsidi bersama sebuah lori 'bonded' yang telah diubah suai bagi kegiatan penyelewengan bahan api itu, dalam serbuan hari ini.
Pengarahnya S.Jegan berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, pihaknya menjalankan serbuan di sebuah stesen minyak di Jalan Lebuhraya Butterworth-Kulim, di sini pada 1.50 tengah hari tadi selepas mendapati sebuah lori mengisi diesel dalam keadaan mencurigakan.
"Pihak kami berjaya menjejaki sebuah lori 'bonded' warna putih berat dengan muatan (BDM) 5 tan yang mencurigakan sedang mengisi diesel stesen minyak itu dan pemeriksaan mendapati terdapat enam unit tangki plastik yang berkapasiti 1,000 liter setiap satu di dalam muatan kenderaan tersebut.
"Siasatan awal mendapati, pemandu lori itu akan pergi ke stesen-stesen minyak di sekitar kawasan tersebut untuk mengisi diesel bersubsidi, sebelum menjualnya semula kepada pihak ketiga dengan harga lebih murah berbanding pasaran semasa, namun ia (harganya) mahal berbanding diesel subsidi," katanya dalam kenyataan malam ini.
Katanya pihaknya menahan lelaki berusia 40-an yang merupakan pemandu lori dan dia dipercayai menyewa kenderaan itu bagi menjalankan kegiatan menyeleweng diesel subsidi sejak sebulan lepas dengan mampu mengaut keuntungan ribuan ringgit setiap bulan.
Jegan berkata pihaknya merampas 3,200 liter diesel bersubsidi dalam 6 unit tangki plastik, lori, enam tangki, wang tunai dan hos pam yang kesemuanya bernilai RM29,180, serta kes tersebut disiasat menurut Akta Kawalan Bekalan 1961.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDN P Pinang
#seleweng diesel bersubsidi
#S Jegan
#lori bonded
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan