awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN rampas 41,000 liter diesel bersubsidi cuba diseleweng di PD

Bernama
Bernama
18/11/2023
12:08 MYT
KPDN rampas 41,000 liter diesel bersubsidi cuba diseleweng di PD
Dalam serbuan berkenaan tiga lori tangki, dua lori serta pam dan hos telah disita dengan anggaran keseluruhan nilai rampasan RM293,750. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan merampas 41,000 liter diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM59,400 dalam serbuan di dua premis berasingan di Port Dickson pada 16 dan 17 Nov.
Pengarahnya Muhammad Zahir Mazlan berkata dalam serbuan berkenaan tiga lori tangki, dua lori serta pam dan hos telah disita dengan anggaran keseluruhan nilai rampasan RM293,750.
Dalam serbuan di Kampung Kayu Ara semalam, pemeriksaan menyeluruh terhadap sebuah lori tangki mendapati aktiviti pemindahan diesel dari lori ke sebuah lagi lori tangki telah pun selesai.
"Manakala, dalam serbuan di Kampung Jawa dua hari lepas, kegiatan terbongkar apabila penguat kuasa KPDN membuat pemeriksaan ke sebuah premis yang dijadikan stor tempat pemindahan diesel dari lori ke lori disyaki untuk penyelewengan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan itu, beliau berkata tujuh lelaki tempatan berusia 21 hingga 51 tahun ditahan kerana disyaki berurusan dengan barang kawalan berjadual tanpa lesen yang sah dan melanggar Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Muhammad Zahir berkata dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Katanya, KPDN negeri komited dan meneruskan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan berkaitan bagi mempergiat serta mempertingkat kawal seliaan dan operasi pengedaran barang-barang kawalan di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#seleweng diesel
#Port Dickson
#lori tangki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan