KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah telah mengambil tindakan ke atas 544 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan RM5.18 juta untuk tempoh antara 1 Jan lepas sehingga semalam.
Pengarahnya George Abas berkata tindakan itu hasil pemeriksaan ke atas 31,206 premis perniagaan, dan kompaun sebanyak RM62,300 serta denda mahkamah berjumlah RM20,000 dikenakan terhadap mereka yang sabit kesalahan.
"Bagi tempoh itu KPDN Sabah menerima 1,073 aduan pengguna daripada pelbagai kategori yang berekod dalam sistem eAduan KPDN Sabah," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata pemeriksaan ke atas bekalan barangan mentah dan keperluan di Pasar Besar Kota Kinabalu di sini hari ini mendapati bekalan untuk sambutan Aidiladha mencukupi.
"Tumpuan pemeriksaan termasuk gerai sayuran, ayam, telur, daging, kelapa parut dan santan yang menjadi antara barangan keperluan sempena Aidiladha," katanya.
Sementara itu, KPDN mengingatkan para peniaga tidak menaikkan harga barang serta perkhidmatan sesuka hati dengan kadar tidak munasabah tanpa alasan kukuh.
"KPDN akan menyiasat setiap aduan diterima mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan dan aduan berkenaan harga dan barang kawalan akan disiasat dalam tempoh 24 jam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2024
Pengarah KPDN Sabah George Abas berkata tindakan itu hasil pemeriksaan ke atas 31,206 premis perniagaan, dan kompaun sebanyak RM62,300 serta denda mahkamah berjumlah RM20,000 dikenakan terhadap mereka yang sabit kesalahan. - Foto KPDN Sabah
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
KPDN Sabah ambil tindakan 544 kes libat rampasan RM5.18 juta tahun ini
KPDN Sabah telah mengambil tindakan ke atas 544 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan RM5.18 juta untuk tempoh antara 1 Jan lepas sehingga semalam.
Sotong manis RM50: KPDN buat penilaian jawapan pemilik restoran
Armizan berkata, notis telah dikeluarkan kepada pemilik restoran tersebut untuk memberikan jawapan tertentu berhubung tindakan mereka itu.
KPDN 'serbu' restoran jual sotong manis RM50 seekor
KPDN Sabah memeriksa sebuah restoran yang didakwa mengenakan caj harga sotong tidak munasabah kepada pelanggan seperti yang ditularkan di media sosial.