awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN Selangor tahan dua warga asing disyaki terlibat sindiket seleweng diesel

Bernama
Bernama
07/05/2024
13:35 MYT
KPDN Selangor tahan dua warga asing disyaki terlibat sindiket seleweng diesel
Mohd Khairi berkata siasatan awal mendapati premis itu tidak memiliki sebarang dokumen sah atau kebenaran untuk menjalankan sebarang urus niaga serta pemindahan minyak diesel. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di sekitar Klang pada 11.30 pagi semalam.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Selangor Mohd Khairi Jamaludin berkata serbuan disertai Bahagian Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor membawa kepada penahanan warga Myanmar dan Indonesia berumur lingkungan 30-an di premis itu, yang disyaki dijadikan lokasi menjalankan aktiviti pengumpulan dan pemindahan minyak diesel bersubsidi.
"Hasil pemeriksaan menemukan 'skid tank' dan tong jenis IBC (Intermediate Bulk Containers) di dalam kawasan premis yang mengandungi cecair disyaki minyak diesel. Turut dijumpai peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pemindahan bahan api tersebut iaitu 'flow meter' berserta pam dan lain-lain peralatan.
"Sebuah lori tangki turut berada di premis berkenaan dan jumlah keseluruhan bahan api disyaki minyak diesel yang dirampas adalah sekitar 35,000 liter dianggarkan bernilai RM193,650," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Khairi berkata siasatan awal mendapati premis itu tidak memiliki sebarang dokumen sah atau kebenaran untuk menjalankan sebarang urus niaga serta pemindahan minyak diesel.
Beliau berkata pihaknya sedang mengenal pasti individu, syarikat serta rantaian pengedaran bekalan minyak diesel berkenaan, termasuk sumber bekalan diperoleh dan diedarkan.
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDN Selangor
#warga asing
#sindiket seleweng diesel
#bahan api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan