SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di sekitar Klang pada 11.30 pagi semalam.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Selangor Mohd Khairi Jamaludin berkata serbuan disertai Bahagian Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor membawa kepada penahanan warga Myanmar dan Indonesia berumur lingkungan 30-an di premis itu, yang disyaki dijadikan lokasi menjalankan aktiviti pengumpulan dan pemindahan minyak diesel bersubsidi.
"Hasil pemeriksaan menemukan 'skid tank' dan tong jenis IBC (Intermediate Bulk Containers) di dalam kawasan premis yang mengandungi cecair disyaki minyak diesel. Turut dijumpai peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pemindahan bahan api tersebut iaitu 'flow meter' berserta pam dan lain-lain peralatan.
"Sebuah lori tangki turut berada di premis berkenaan dan jumlah keseluruhan bahan api disyaki minyak diesel yang dirampas adalah sekitar 35,000 liter dianggarkan bernilai RM193,650," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Khairi berkata siasatan awal mendapati premis itu tidak memiliki sebarang dokumen sah atau kebenaran untuk menjalankan sebarang urus niaga serta pemindahan minyak diesel.
Beliau berkata pihaknya sedang mengenal pasti individu, syarikat serta rantaian pengedaran bekalan minyak diesel berkenaan, termasuk sumber bekalan diperoleh dan diedarkan.
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024
Mohd Khairi berkata siasatan awal mendapati premis itu tidak memiliki sebarang dokumen sah atau kebenaran untuk menjalankan sebarang urus niaga serta pemindahan minyak diesel. - Gambar Bernama
Serangan balai polis: 7 termasuk 5 ahli keluarga suspek masih disiasat
Tujuh individu masih direman dan disiasat berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota.
Eksport Malaysia rekod peningkatan ketara pada April 2024 - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus.
Ideologi Guardiola bentuk Man City muncul kelab terbaik England
Dominasi Manchester City dalam saingan domestik seakan terlalu sukar digugat apabila menjuarai Liga Perdana Inggeris buat kali keempat berturut-turut.
Perintah larangan: Che'gu Bard akan rayu keputusan mahkamah
Che'gu Bard, 45, akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru, yang mengeluarkan perintah larangan bersuara berhubung kes kasino Forest City, Iskandar Puteri.
ME 20/2024 peningkatan kes sebanyak 14.8%
Di Malaysia, pada ME 20/2024 iaitu pada12 Mei hingga 18 Mei 2024 sebanyak 1,230 kes COVID-19 dilaporkan, ia merupakan peningkatan sebanyak 14.8% berbanding ME 19/2024.
Suka kongsi hal peribadi di media sosial, mungkin alami FOMO
Mereka yang terlalu berkongsi hal-hal bersifat peribadi tentang kehidupan di media sosial mungkin mengalami sindrom FOMO (fear of missing out) atau 'ketakutan kehilangan' sesuatu peristiwa, perkembangan semasa dan masa kini di media sosial.
Menurut anggota Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor, sindrom tersebut berpotensi memberi gangguan kepada emosi pengguna media sosial sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.
Menurut anggota Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor, sindrom tersebut berpotensi memberi gangguan kepada emosi pengguna media sosial sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter Presiden Iran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berjalan jauh, tidak dibenar duduk cabaran unit peronda TH
Berjalan kaki sehingga lapan kilometer sehari dan sebahagian besar masa dihabiskan dalam cuaca panas melebihi 40 darjah celsius sudah menjadi rutin kepada anggota Unit Pasukan Peronda Tabung Haji (TH) setiap kali musim haji tiba.
Helikopter Presiden Iran terhempas, apa selepas ini?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff mengulas berkenaan impak politik terhadap Iran susulan nahas helikopter yang meragut nyawa Ebrahim Raisi.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Ebrahim Raisi, semua penumpang maut
Seorang pegawai kerajaan Iran memaklumkan bahawa helikopter yang hilang itu ditemui 'terbakar sepenuhnya'.
KPDN Selangor tahan dua warga asing disyaki terlibat sindiket seleweng diesel
KPDN Selangor menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di sekitar Klang pada 11.30 pagi semalam.
KPDN Selangor rampas 6,800 paket minyak masak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor merampas 6,800 paket minyak masak bersubsidi bersaiz satu kilogram (kg) dalam serbuan di sebuah premis di Klang.
KPDN Selangor tahan lima lelaki, rampas jam tiruan jenama popular bernilai RM241,236
Operasi berkenaan susulan tinjauan dan risikan selama tiga bulan terhadap aktiviti dilakukan di premis terbabit.