awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan

Bernama
Bernama
10/02/2025
15:15 MYT
KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan
Mohd Sabri berkata beberapa dokumen perniagaan lain turut disita dan setiap botol minuman keras itu dijual pada harga RM400 hingga RM500 dengan nilai keseluruhan rampasan RM104,918. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 244 botol arak tiruan pelbagai jenama bernilai RM100,000 dalam serbuan terhadap dua premis hiburan di Jalan Tun Razak, Khamis lepas.
Turut ditahan dalam serbuan itu, seorang lelaki tempatan yang juga pengurus di kedua-dua premis hiburan berkenaan bagi membantu siasatan.
Pengarah KPDN Kuala Lumpur Mohd Sabri Seman berkata makluman awam mendakwa premis berkenaan menjual minuman keras tiruan setelah mendapati imbasan terhadap setem cukai minuman keras itu tidak mengeluarkan apa-apa maklumat berkaitan.
"Hasil pemeriksaan mendapati 244 botol minuman keras tiruan itu dipakaikan dengan cap dagangan yang berdaftar di bawah Akta Cap Dagangan 2019 (Akta 815).
"Kita juga akan membuat tindakan susulan bagi mengenal pasti sumber kesemua arak tiruan itu diperoleh," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mohd Sabri berkata beberapa dokumen perniagaan lain turut disita dan setiap botol minuman keras itu dijual pada harga RM400 hingga RM500 dengan nilai keseluruhan rampasan RM104,918.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 dan Seksyen 5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 kerana menggunakan perihal dagangan palsu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kos sara hidup
#kpdn
#minuman keras
#hiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan