awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN serbu premis jual LPG tanpa lesen, lebih harga pasaran

Bernama
Bernama
20/06/2024
14:00 MYT
KPDN serbu premis jual LPG tanpa lesen, lebih harga pasaran
Muhammad Nizam berkata serbuan dilakukan pada 4.45 petang selepas bertindak hasil aduan orang awam dan penyamaran. - Gambar FB KPDN Kedah
ALOR SETAR: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menyerbu sebuah premis disyaki menjual secara runcit gas petroleum cecair (LPG) tanpa lesen sah dan melebihi harga pasaran di Kepala Batas, Jitra, semalam.
Pengarahnya Muhammad Nizam Jamaludin berkata serbuan dilakukan pada 4.45 petang selepas bertindak hasil aduan orang awam dan penyamaran.
"Pasukan serbuan melakukan uji beli terhadap LPG yang dijual di premis itu bagi mengenal pasti harga jualan sebenar. Hasilnya mendapati LPG berkapasiti 12 kilogram (kg) itu dijual pada harga RM25 setong berbanding harga kawalan yang ditetapkan iaitu RM22.80.
"Pemeriksaan turut mendapati lesen bagi menjual LPG secara runcit telah tamat tempoh pada Mei lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pasukan serbuan turut menyita empat tong LPG dengan rampasan keseluruhan berjumlah lebih RM400 manakala kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) serta Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723).
Dalam kes lain, Muhammad Nizam berkata pihaknya menyerbu sebuah rumah kedai di Pokok Sena pada 11 pagi semalam selepas disyaki menggunakan logo halal tidak sah bagi tujuan perdagangan produk makanan tambahan kecantikan.
Beliau berkata hasil serbuan, sepasukan anggota KPDN Alor Setar bersama pegawai Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah mendapati premis itu bukan pemegang sijil halal yang diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau Majlis Agama Islam Negeri.
"Pemeriksaan mendapati mereka menggunakan logo halal pada setiap label bungkusan produk keluaran.
"Rampasan dianggarkan bernilai lebih RM1 juta dan kes disiasat di bawah Perenggan (4)(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#LPG tanpa lesen
#gas petroleum cecair
#Kepala Batas
#Jitra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan