awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, sita 608 tong

Bernama
Bernama
18/03/2025
14:30 MYT
KPDN serbu stor haram seleweng LPG, sita 608 tong
Azman berkata empat lelaki termasuk seorang warga asing berumur antara 25 hingga 45 tahun ditahan untuk membantu siasatan. - Gambar KPDN
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan aktiviti penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi dianggarkan bernilai RM14,565 menerusi sebuan di sebuah stor haram di Jalan Kampung Jawa, Shah Alam, Selangor, minggu lepas.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata serbuan pada 7 malam, 14 Mac itu dilakukan anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya susulan risikan selama tiga minggu.
"Pemeriksaan awal mendapati premis itu disyaki beroperasi selama dua bulan dan dijadikan stor haram untuk menjalankan aktiviti decanting, iaitu pemindahan LPG bersubsidi daripada tong 14 kilogram (kg) digunakan isi rumah kepada tong LPG berkapasiti 50 kg bagi kegunaan industri.
"Peralatan seperti hos penyambung turut dijumpai dan dipercayai digunakan dalam aktiviti itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azman berkata empat lelaki termasuk seorang warga asing berumur antara 25 hingga 45 tahun ditahan untuk membantu siasatan.
Serbuan turut menyita peralatan digunakan dalam kegiatan itu termasuk tiga lori dan 608 tong LPG dengan jumlah rampasan LPG dianggarkan sebanyak 5,864 kg bernilai RM14,565 manakala anggaran nilai keseluruhan rampasan lebih RM200,000.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), iaitu memiliki barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#warga asing
#pengubahan wang haram
#LPG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan