awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN sita lebih 36,000 liter minyak diesel di Teluk Intan

Bernama
Bernama
09/12/2022
22:40 MYT
KPDN sita lebih 36,000 liter minyak diesel di Teluk Intan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyita 36,300 liter minyak disyaki diesel dan sebuah lori yang menjadikan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM78,045. - Foto KPDN
IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyita sebanyak 36,300 liter minyak disyaki diesel dan sebuah lori, menjadikan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM78,045 di sebuah premis di kawasan Perindustrian Anson, Teluk Intan pada Jumaat.
Pengarah KPDN Perak Saifullizan Kamarul Zaman berkata, operasi membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan iaitu minyak diesel bersubsidi oleh sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa kementerian itu di Teluk Intan, yang bermula pada 10.45 pagi, adalah hasil risikan selama seminggu.
"Hasil pemeriksaan di premis tersebut mendapati terdapat 41 unit tangki empat persegi berkapasiti 1,000 liter berisi minyak disyaki diesel berada di tempat kejadian.
"Turut ditemukan sebuah lori dengan muatan dua unit tangki empat persegi berisi minyak disyaki diesel. Pemeriksaan lanjut juga mendapati premis disyaki telah beroperasi lebih kurang sebulan tanpa sebarang lesen atau kebenaran untuk menyimpan barang kawalan minyak diesel," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, pihaknya menahan dua lelaki berusia 42 dan 45 tahun manakala siasatan awal mendapati modus operandi sindiket itu adalah membeli diesel di stesen minyak sekitar Teluk Intan, dikumpulkan dan seterusnya dipercayai akan dijual kepada pihak industri di negeri sempadan.
Katanya siasatan lanjut akan diteruskan dengan mengenal pasti rangkaian sindiket yang terlibat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
#minyak diesel
#penyelewengan barang kawalan
#barang kawalan minyak diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan