KOTA BHARU: Sebanyak 7,027 aduan kepenggunaan diterima di seluruh negara, termasuk 5,025 aduan menerusi platform Aduan Suri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi tempoh 12 Jan hingga 30 Jun lepas.
Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata aduan tertinggi menerusi platform Aduan Suri adalah berkaitan transaksi dalam talian sebanyak 2,003, diikuti aduan berkaitan harga (1,903) dan perkhidmatan mengelirukan (1,119).
"Di Kelantan sahaja jumlah aduan yang direkodkan adalah sebanyak 732 aduan termasuk 236 melalui Aduan Suri.
"Aduan tertinggi melalui Aduan Suri di Kelantan adalah berkaitan transaksi dalam talian sebanyak 100, aduan berkaitan harga (48), barang kawalan (24) dan lain-lain (64)," katanya pada Majlis Perasmian Aduan Suri Peringkat Daerah Kota Bharu dan Pertandingan Lagu Rakyat Dikir Barat Kepenggunaan, di sini hari ini.
Teks ucapan Fuziah telah dibacakan oleh Timbalan Pengarah KPDN Kelantan Aswadi Jaafar.
Fuziah berkata dengan adanya program Aduan Suri, suri rumah dapat memainkan peranan sebagai mata dan telinga selain menjadi rakan strategik KPDN dalam memberikan maklumat sahih daripada lapangan di seluruh negara.
"Pengguna dan semua pihak termasuk golongan suri rumah yang prihatin boleh melaporkan sebarang ketidakpatuhan peniaga kepada KPDN melalui pelbagai saluran seperti QR Code Aduan Suri dan WhatsApp ke 019-279 4317 / 019-848 8000.
"Aduan Suri merupakan satu inisiatif baharu kementerian dalam memudahkan pengguna terutamanya golongan suri rumah dalam membuat aduan kepenggunaan melalui QR Code aplikasi WhatsApp," katanya.
Beliau berkata melalui mekanisme ini, pengadu hanya perlu mengimbas QR Code dan ia terus disalurkan ke aplikasi WhatsApp aduan KPDN.
"Hasrat kementerian agar pengguna dapat memanfaatkan semua saluran aduan yang disediakan serta dapat membantu kerajaan dalam membanteras salah laku peniaga atau sebarang pelanggaran terhadap undang-undang di bawah seliaan KPDN," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2023
Fuziah berkata aduan tertinggi menerusi platform Aduan Suri adalah berkaitan transaksi dalam talian diikuti aduan berkaitan harga dan perkhidmatan mengelirukan. - Gambar fail/Facebook @mediaRLA Home
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
95 peratus Aduan Suri berjaya diselesaikan - Fuziah
Sebanyak 95 peratus daripada 909 aduan yang diterima menerusi kod QR Aduan Suri sejak bulan lepas berjaya diselesaikan dan diambil tindakan.