awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan dan Harga Barangan Keperluan Harian

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
23/04/2025
08:16 MYT
KPDN tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan dan Harga Barangan Keperluan Harian
Armizan bercakap pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KPDN di sini hari ini.- Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan dan Harga Barangan Keperluan Harian.

Ringkasan AI
  • KPDN menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan dan Harga, bagi memperkasakan kerjasama rentas kementerian untuk menangani isu harga dan bekalan barangan keperluan harian.
  • Jawatankuasa ini akan bersidang setiap dua bulan, dengan mesyuarat pertama dijadualkan pada Mei, serta bertujuan menambah baik mekanisme pemantauan dan intervensi kerajaan.
  • Pemantauan akan dilakukan terhadap barangan asas seperti daging, ayam, telur, beras dan minyak masak, dengan langkah intervensi akan dipertimbangkan jika terdapat isu bekalan atau harga di pasaran.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Mac yang bersetuju dengan syor KPDN menubuhkan jawatankuasa itu yang berperanan memperkasakan kerjasama rentas kementerian untuk menangani isu berkaitan harga dan bekalan barang.
Beliau berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan Ketua Setiausaha KPDN Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar dan akan turut dianggotai wakil Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Kementerian Perladangan dan Komoditi dan agensi berkaitan.
“Penubuhan jawatankuasa ini juga bertujuan menambah baik bentuk kerjasama ad hoc kepada gerak kerja yang lebih strategik dan berterusan.
“Alhamdulillah tahun ini kita dapat membendung elemen yang menganggu bekalan barangan dan penstabilan harga, namun Kabinet mahu ia dapat diteruskan dan ditambah baik (menerusi jawatankuasa ini),” katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KPDN.
Jawatan kuasa baru untuk kawal harga barang
Tambah beliau, mesyuarat pertama jawatankuasa itu bakal diadakan Mei ini dan akan bersidang setiap dua bulan.
Armizan turut berkata menerusi jawatankuasa itu, pemantauan akan dilaksanakan terhadap barang keperluan seperti daging, ayam, telur, beras dan minyak masak dengan pelan intervensi kerajaan akan dipertimbangkan sekiranya wujud isu harga dan bekalan di pasaran.
Topic Berkaitan
#kpdn
#Armizan Mohd Ali
#jemaah menteri
#Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan dan Harga
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan