awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40,000 al-Quran dihantar ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana hari ini
Bank Islam lantik Raja Teh Maimunah sebagai CEO kumpulan
Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP benarkan import penutup mulut dan hidung - Alexander Nanta Linggi

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
20/03/2020
05:02 MYT
KPDNHEP benarkan import penutup mulut dan hidung - Alexander Nanta Linggi
Import penutup muka dan hidung akan dibenarkan. - Gambar hiasan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membenarkan semula aktiviti mengimport penutup mulut dan hidung (face mask) dari negara luar berkuatkuasa semalam.
Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, langkah itu bagi memastikan bekalan produk itu mencukupi dan boleh disediakan kepada semua pihak.
Beliau berkata, dalam masa sama, aktiviti mengeksport bahan itu juga dihentikan serta-merta bagi mengelakkan bekalan bahan itu berkurangan.
“Bagaimanapun kerajaan menetapkan harga siling bagi topeng muka sebanyak RM2 berbanding 80 sen sebelum ini kerana kekurangan bahan memproses serta berlaku kenaikan harga pada bahan asas produk ini.
“Dengan langkah ini juga, orang ramai boleh mendapatkan topeng muka di pasaran dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MOA) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Ketua Setiausaha MOA Datuk Zainal Azman Abu Seman dan Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zan Zam Ahmad.
Sementara itu, Kiandee berkata, semua bekalan bahan keperluan harian mencukupi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
“Hasil perbincangan dengan pemain industri tadi juga memberi jaminan bahawa semua bekalan bahan mentah mencukupi sehingga 31 Mac ini,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#bahan mentah
#bekalan
#COVID-19
#eksport
#import
#import penutup hidung
#import penutup mulut
#KPDNHEP
#Ronald Kiandee
#topeng muka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan