awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kartel penetapan harga: 31 perusahaan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti - MyCC
Putin larang keputusan mahkamah asing, luaskan bidang kuasa mahkamah tentera
'Papa Zola The Movie' catat kutipan RM43 juta dalam 18 hari tayangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP buat 141 pemeriksaan penjualan kit ujian COVID-19

Bernama
Bernama
07/09/2021
16:03 MYT
KPDNHEP buat 141 pemeriksaan penjualan kit ujian COVID-19
Kata Rosol, 135 premis mematuhi harga kawalan yang ditetapkan dan dua premis menjual di bawah harga siling. - BERNAMA
RAWANG: Sebanyak 141 pemeriksaan penjualan kit ujian pantas antigen COVID-19 dilakukan semalam di seluruh negara bagi memantau pematuhan harga siling kit ujian berkenaan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 135 premis mematuhi harga kawalan yang ditetapkan, dua premis menjual di bawah harga siling, tiga premis menjual melebihi harga siling dan satu premis tidak menjual kit berkenaan.
Katanya, dua daripada tiga premis yang menjual kit ujian melebihi harga siling itu diberi amaran.
"Apa yang menariknya, ada dua premis yang menjual di bawah harga kawalan, saya nampak peniaga ini amat berdisiplin," katanya selepas melancarkan Program Pengumpulan Bahan Makanan dan Barangan Penjagaan Diri untuk mangsa fenomena kepala air di Gunung Jerai, Kedah.
Majlis pelancaran program yang dianjurkan oleh Persatuan Pakatan Pemandu Berhemah Malaysia di sini, hari ini itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang Chua Wei Kiat dan ADUN Taman Templer Mohd Sany Hamzan.
"Tanpa mengira fahaman politik, kita bersatu untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa," kata Rosol.
Pasukan Pakatan Pemandu akan bergerak ke Yan, Kedah pada Jumaat ini bagi menyalurkan bantuan makanan dan penjagaan diri yang dikumpul oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#KPDNHEP
#Rosol Wahid
#kit ujian pantas COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan