'Papa Zola The Movie' catat kutipan RM43 juta dalam 18 hari tayangan

Lebih daripada sekadar hiburan, 'Papa Zola The Movie' tampil sebagai filem keluarga yang menyatukan ibu bapa dan anak-anak dengan mencipta momen bersama ketika cuti panjang persekolahan. - Foto Astro GEMPAK
FENOMENA 'Papa Zola’ terus melanda seluruh negara apabila filem Papa Zola The Movie mencatat kutipan box office memberangsangkan sebanyak RM43 juta, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem animasi tempatan paling berjaya dalam sejarah perfileman Malaysia.
Ringkasan AI
- Filem Papa Zola The Movie mencatat kutipan box office RM43 juta, menjadikannya filem animasi tempatan paling berjaya di Malaysia.
- Papa Zola The Movie menarik pelbagai lapisan penonton, menyatukan keluarga dan merentas generasi dalam suasana cuti sekolah.
- Kejayaan filem ini disokong padu oleh penonton dan peminat, memberi impak positif kepada industri filem tempatan.
“Inisiatif komuniti yang membantu lebih ramai keluarga merentas generasi menikmati filem ini sangat dekat dengan nilai yang kami cuba sampaikan melalui Papa Zola The Movie,” katanya.
Sementara itu, Penerbit Eksekutif Papa Zola The Movie merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, berpendapat bahawa kejayaan kutipan yang memberangsangkan ini adalah hasil sokongan padu diberikan penonton serta peminat.
“Kejayaan ini terhasil daripada sokongan penonton dan pencapaian ini amat bermakna buat industri filem tempatan. Walaupun banyak filem baru dari francais popular Hollywood di pawagam ketika ini, tetapi filem tempatan masih mampu memberi saingan.
“Terima kasih tidak terhingga kepada penonton, rakan-rakan media yang memberi liputan meluas, serta pihak pawagam yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan kejayaan filem ini.
“Menjelang cuti panjang hujung tahun pada minggu ini, kami mengharapkan lebih ramai penonton akan pergi ke pawagam untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan Papa Zola The Movie,” ujarnya.
Kutipan itu juga membuktikan bahawa Papa Zola The Movie yang merupakan karya animasi tempatan bukan sahaja mampu menarik hati penonton pelbagai lapisan usia, malah berdiri setanding dengan filem antarabangsa di pawagam ketika ini.
Lebih daripada sekadar hiburan, Papa Zola The Movie tampil sebagai filem keluarga yang menyatukan ibu bapa dan anak-anak dengan mencipta momen bersama ketika cuti panjang persekolahan.
Papa Zola The Movie mengisahkan Papa Zola, seorang bapa yang bekerja keras menyara keluarga kecilnya. Tanpa diduga, dia bertemu semula dengan rakan lama yang pernah berkhidmat bersamanya dalam organisasi rahsia P.A.P.A (Protect and Prevent Agency).
Namun keadaan menjadi genting apabila anaknya, Pipi, diculik makhluk asing. Papa Zola bersama Mama Zila perlu bertindak pantas untuk menyelamatkan Pipi dan melindungi dunia daripada ancaman tersebut.
Filem ini kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Filem ini bakal melangkah panggung antarabangsa bermula Januari 2026 di Indonesia dan di India, Vietnam dan pasaran Timur Tengah yang merangkumi Arab Saudi, UAE, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar serta Turki pada April 2026. -- Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


