Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah memulakan kajian lebih komprehensif mengenai punca peningkatan kos sara hidup dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan lagi.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata mesyuarat jemaah menteri mengakui terdapat sekurang-kurangnya enam komponen utama yang menyumbang kepada beban hidup rakyat iaitu makanan, perumahan, kos utiliti, pengangkutan, kesihatan dan pendidikan.
"Komponen terbesar ialah makanan dan kalau kita tinjau Indeks Harga Pengguna (IHP) pun sama, fokus kepada segmen makanan sumbang hampir 30 peratus.
"Segmen makanan, perumahan, utiliti dan pengangkutan sahaja menyumbang kepada hampir 70 peratus kepada IHP," katanya pada sidang media mengenai Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2019, di sini pada Khamis.
Beliau berkata KPDNHEP, yang juga sekretariat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara, akan memberi fokus kepada komponen-komponen tersebut dengan kerjasama kementerian terbabit seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kesihatan.
Saifuddin Nasution berkata antara cadangan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara yang telah dilaksanakan ialah pas bulanan bernilai RM100 tanpa had perjalanan meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL yang diperkenalkan 1 Jan lepas.
"Akan ada beberapa pengumuman lagi nanti, tetapi setakat hari ini jemaah menteri minta KPDNHEP mengemukakan kajian lebih komprehensif mengenalpasti sebahagian besar punca (peningkatan kos sara hidup)," katanya.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution berkata KPDNHEP akan memastikan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap agensi tersebut.
"Kita buka ruang kepada SPRM untuk menjalankan tangggungjawab...tiada sebarang halangan daripada pihak saya kerana itu bidang tugas SPRM dan akan pastikan SSM memberi kerjasama sepenuhnya," katanya.
Ditanya sama ada kementerian akan menjalankan siasatan dalaman terhadap agensi itu, katanya buat masa ini KPDNHEP menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM memandangkan siasatan telah dimulakan suruhanjaya itu.
Bagaimanapun, Saifuddin Nasution tidak menolak kemungkinan kementerian menjalankan siasatan dalaman jika terdapat keperluan pada masa akan datang.
Terbaharu, anak kepada pegawai pengurusan tertinggi SSM dilaporkan hadir ke Ibu Pejabat SPRM, di sini pada Selasa lepas bagi menyerahkan dokumen berkaitan siasatan ke atas SSM membabitkan projek dianggarkan bernilai RM500 juta.
Menurut laporan media, pembabitan lelaki berusia 20-an itu terbongkar selepas serbuan dilakukan SPRM di tiga syarikat dan di Menara SSM pada 14 Jan lepas.
Pada 9 Jan, SPRM turut merampas 69 kotak berisi dokumen perjanjian dipercayai membabitkan projek itu, di ibu pejabat SSM.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 24 2019
Makanan adalah antara enam komponen utama yang menyumbang kepada beban hidup rakyat. - Gambar hiasan
Microsoft labur AS1.7b di Indonesia untuk teknologi awan dan AI
Microsoft bakal melabur AS$1.7 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan di Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Satya Nadella
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Haiwan turut berisiko hadapi 'strok haba'
Gelombang haba yang melanda seluruh dunia memperlihatkan kesan jelas terhadap alam serta hidupan di muka bumi ini. Di Bangladesh misalnya, pengusaha-pengusaha kedai haiwan mencuba sedaya upaya untuk memastikan haiwan peliharaan di kedai mereka tidak mati dalam cuaca ekstrem ini.
Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi akhir kumpulan D
Malaysia dan Denmark masing-masing sudah pun melayakkan diri ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - mohd na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Sultan Nazrin dilantik pengerusi bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
JKN Terengganu siasat dakwaan kes keracunan makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang menyiasat dakwaan kes keracunan makanan selepas dipercayai menjamah sejenis kuih membabitkan beberapa individu termasuk kanak-kanak.
Remaja warga asing samun, menyamar pegawai polis ditahan
Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai anggota polis.
Pesawah mengaku tidak bersalah
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan memuat naik mesej berbau hasutan mengaitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan aktiviti perjudian dalam satu kumpulan WhatsApp, lima hari lalu.
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan tentang cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
90 kes direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
UiTM beri RM100 secara 'one-off' kepada pelajar terjejas
Pelajar yang terkandas ataupun yang telah pulang ke kampus UiTM akan diberi bantuan RM100 secara one-off.
Moratorium kepada peminjam PTPTN dilanjut sehingga Disember 2020 - Menteri Pengajian Tinggi
Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam untuk tempoh tiga bulan lagi.