awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan Agung PBB tuntut gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza

Bernama
Bernama
12/12/2024
05:00 MYT
Perhimpunan Agung PBB tuntut gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza
Dikemukakan oleh misi Palestin ke PBB, resolusi itu menggesa akses segera kepada perkhidmatan penting dan bantuan kemanusiaan untuk orang awam di Gaza. - Gambar fail Reuters
HAMILTON: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu meluluskan resolusi yang menuntut gencatan senjata segera, tanpa syarat dan berkekalan di Gaza serta pembebasan semua tawanan yang ditahan dalam konflik itu, lapor Agensi Anadolu.
Resolusi yang turut menekankan keperluan akses kemanusiaan segera, diluluskan dengan sokongan 158 undi, sembilan undi menentang dan 13 berkecuali.
Dikemukakan oleh misi Palestin ke PBB, resolusi itu menggesa akses segera kepada perkhidmatan penting dan bantuan kemanusiaan untuk orang awam di Gaza.
Sambil menolak sebarang tindakan yang bertujuan menyekat bekalan kepada rakyat Palestin, resolusi itu juga menyeru penghantaran bantuan tanpa halangan ke semua kawasan, termasuk utara Gaza yang terkepung.
Resolusi itu turut mengulangi kewajipan semua pihak untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa khususnya dalam melindungi orang awam termasuk wanita, kanak-kanak dan golongan rentan.
Ia juga mendesak semua pihak mematuhi “undang-undang antarabangsa berkaitan individu yang ditahan, termasuk membebaskan semua yang ditahan secara sewenang-wenangnya dan menyerahkan semua mayat.”
Resolusi itu turut menyerlahkan keperluan mekanisme akauntabiliti terhadap pelanggaran undang-undang antarabangsa, sambil meminta Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mengemukakan cadangan untuk memperkukuh usaha itu.
Selain itu, resolusi yang diluluskan itu juga menegaskan komitmen PBB terhadap penyelesaian dua negara dan menyeru penyatuan Gaza dan Tebing Barat yang diduduki di bawah kuasa pihak berkuasa Palestin, sambil menolak sebarang cubaan perubahan demografi atau wilayah di Gaza.
Dalam satu ketetapan penting, resolusi berkenaan "menuntut semua pihak melaksanakan sepenuhnya, tanpa syarat dan tanpa berlengah segala ketetapan dalam Resolusi Majlis Keselamatan 2735 (2024) berkaitan gencatan senjata segera." - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhimpunan Agung PBB
#gencatan senjata
#pembebasan tawanan
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan