Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan makanan utama termasuk ayam, telur dan kelapa adalah mencukupi bagi memenuhi keperluan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Menterinya Saifuddin Nasution Ismail berkata kementeriannya dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bekerjasama erat dalam memastikan perkara itu.
"Kita telah senaraikan sejumlah besar barangan yang disediakan untuk keperluan musim perayaan termasuk 800 juta telur ayam dan 27 juta biji kelapa. Kita beri jaminan bekalan makanan utama adalah mencukupi sepanjang musim perayaan dengan harga yang terkawal," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Ihya Ramadan Menteri KPDNHEP Datuk Saifuddin Nasution dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bersama warga Komuniti Pengguna Jajahan Tumpat di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi KADA Datuk Husam Musa dan Pengarah KPDNHEP Kelantan Adnan Abdul Rahman.
Pada program itu seramai 500 orang miskin dan kurang berkemampuan menerima sumbangan berupa barangan makanan asas termasuk tepung, beras, susu dan gula di program tersebut yang disumbangkan oleh pasaraya Econsave dan Speedmart.
"Sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk meringankan beban golongan memerlukan ," katanya sambil menambah jajahan Tumpat dipilih kerana ia antara daerah paling ramai kelompok miskin tegar di negara ini.
Mengenai kenaikan harga secara mendadak sepanjang bulan Ramadan, Saifuddin berkata KPDNHEP belum menerima sebarang aduan. Langkah penguatkuasaan akan terus diperkasakan bagi memastikan tiada aktiviti pencatutan dikenakan ke atas pengguna.
"Setakat ini sebahagian aduan membabitkan kenaikan harga makanan di restoran atau kedai makan, diikuti penipuan perniagaan atas talian dan iklan yang mengelirukan.
"Kita dapati penipuan atas talian menunjukkan trend menaik oleh itu kita nasihatkan pengguna lebih berhati-hati dengan menyemak paparan iklan terlebih bagi mengelak daripada tertipu. Pengguna boleh memanfaatkan tribunal tuntutan pengguna sebagai platform untuk membuat tuntuan gantirugi berkenaan pembelian barangan atau perkhidmatan," katanya.
Sementara itu katanya KPDNHEP telah mengeluarkan sejumlah 447 notis kepada 38,000 premis jualan di bazar Ramadan dalam tempoh 10 hari puasa melalui penguakuasaan yang dilakukan oleh 2,300 pegawai kementerian itu di seluruh negara membabitkan kesalahan gagal meletakkan tanda harga.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2019
Antara barangan yang disediakan untuk keperluan musim perayaan termasuk 800 juta telur ayam dan 27 juta biji kelapa. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.