Skip to main content

Dunia

Trump cadang AS jadi tuan rumah Piala Dunia sekali lagi

U.S. President Donald Trump, flanked by FIFA President Gianni Infantino, gestures while speaking next to FIFA World Cup Trophy, as they attend a FIFA reception at Trump Tower in New York City, U.S., July 17, 2026. REUTERS/Evan Vucci
Menurut Trump, kejayaan penganjuran Piala Dunia kali ini membuktikan Amerika Syarikat layak dipilih semula sebagai tuan rumah. - Gambar Reuters
Advertisement

NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden FIFA, Gianni Infantino saling memuji kejayaan penganjuran Piala Dunia FIFA 2026 ketika menghadiri satu majlis di Trump Tower, di sini, pada Jumaat.

Trump menyifatkan kejohanan itu sebagai satu kejayaan dan secara berseloroh mencadangkan AS menjadi tuan rumah Piala Dunia pada masa depan, sama ada secara bersendirian atau bersama China.

Menurut Trump, kejayaan penganjuran kali ini membuktikan AS layak dipilih semula sebagai tuan rumah.

"Saya mencadangkan, memandangkan kejohanan ini begitu berjaya, apa yang patut kita buat ialah memilih Amerika Syarikat sekali lagi sebagai tuan rumah. 

"Namun Gianni juga ada satu lagi cadangan. Katanya, kita boleh anjurkan bersama China dan Amerika Syarikat pada masa akan datang. Jadi, perjalanan antara satu perlawanan ke satu perlawanan akan menjadi sangat singkat," katanya secara berseloroh.

Sementara itu, Infantino menyifatkan Piala Dunia FIFA 2026 sebagai manifestasi "impian Amerika" dan mengucapkan terima kasih kepada Trump atas sokongannya dalam menjayakan penganjuran kejohanan berkenaan.

Piala Dunia FIFA 2026 akan melabuhkan tirainya pada Ahad dengan aksi final membabitkan Argentina dan Sepanyol di Stadium MetLife, East Rutherford, New Jersey. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement