awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP jangka harga sayur stabil antara Jun ke Julai

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
06/06/2022
00:15 MYT
KPDNHEP jangka harga sayur stabil antara Jun ke Julai
Faktor cuaca, masalah penyakit tanaman dan kekurangan tenaga buruh asing menjadi antara punca kepada gangguan kestabilan harga sayuran ketika ini. - Foto fail
HULU TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangkakan perubahan harga sayuran yang tidak menentu ketika ini akan beransur stabil antara akhir Jun hingga Julai.
Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, pengeluar dan pembekal sayuran memberikan jaminan bekalan sayur stabil dan senario semasa perubahan harga sayur adalah bersifat sementara disebabkan beberapa faktor.
"Kita ada terima laporan kenaikan harga sayur tapi daripada pengalaman yang lepas, kenaikan sayur ini tidak lama, bergantung pada musim.
"Jadi harga sayur ini biasa naik dalam sebulan ke dua bulan maksimum kemudian akan turun mendadak, namun kita akan pantau," katanya.
Beliau berkata pihaknya giat melakukan pemantauan di premis niaga merangkumi pasar basah, pasar awam, pasar raya termasuk kedai runcit bagi mengelak berlakunya manipulasi harga yang boleh menganiaya pengguna.
Jelas beliau faktor cuaca, masalah penyakit tanaman dan kekurangan tenaga buruh asing menjadi antara punca kepada gangguan kestabilan harga sayuran ketika ini.
Bagaimanapun pihaknya sentiasa mencari alternatif bagi menyelesaikan permasalahan berkenaan.
Sebelum ini peniaga sayur di beberapa negeri seperti Melaka dan Pulau Pinang mengeluh harga sayur termasuk sawi naik mendadak selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, bulan lalu.
Topic Berkaitan
#KPDNHEP
#sayur
#tenaga buruh asing
#gangguan kestabilan harga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan