Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengkaji semula dasar yang berkecederungan mengakibatkan monopoli, yang tidak memberi manfaat kepada rakyat di negara ini.
Timbalan menterinya Chong Chieng Jen berkata, ini termasuklah pemeriksaan kenderaan motor terpakai bagi tujuan sewa beli yang ketika ini hanya dilaksanakan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
"Hak memeriksa kenderaan yang diberi kepada Puspakom itu adalah dasar yang diamalkan oleh pentadbiran terdahulu dan ia memang merupakan satu monopoli.
"KPDNHEP menerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan mengkaji semula dasar yang berkecederungan mengakibatkan monopoli yang tidak beri manfaat kepada industri automotif," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2018.
RUU itu kemudian diluluskan sebulat suara oleh Dewan Negara. Pada 17 Okt, RUU berkenaan diluluskan Dewan Rakyat.
RUU itu bertujuan memperkukuhkan lagi perlindungan dengan memperuntukkan keperluan pembayaran fi yang ditetapkan kepada pihak berkuasa relevan bagi pengisytiharaan kenderaan motor terpakai. RUU tersebut juga memberi kuasa kepada menteri untuk menetapkan fi tersebut.
Chong berkata kerajaan juga tiada cadangan untuk menaikkan fi pemeriksaan kenderaan motor terpakai untuk tujuan sewa beli buat masa ini.
Dilaporkan sebelum ini, setiap kenderaan motor terpakai untuk tujuan sewa beli perlu melalui 22 pemeriksaan di Puspakom dengan fi sebanyak RM60, di mana 12.5 peratus daripadanya dibayar kepada kerajaan.
Sementara itu, Dewan Negara turut meluluskan RUU Maktab Kerjasama (Pemerbadanan)(Pindaan) 2018 yang menjadikan keseluruhan RUU yang diluluskan ialah 16 RUU termasuk RUU Perbekalan 2019 sejak ia bersidang 3 Dis lepas.
Persidangan ditangguh sehingga tarikh yang akan ditentukan kemudian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 20 2018
Menurut Chong, antara kes monopoli ialah hak memeriksa kenderaan yang diberi kepada Puspakom. - Gambar fail
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
DAP Sarawak beri jaminan main peranan 'backbenchers' Kerajaan Perpaduan
Kesemua Ahli Parlimen DAP Sarawak memberi jaminan akan memainkan peranan sebagai ahli 'backbenchers' (penyokong) Kerajaan Perpaduan yang ditunjangi Pakatan Harapan (PH) di Dewan Rakyat.
PRU15: PH perlu 12 kerusi Sabah, Sarawak untuk bentuk kerajaan
Chong Chieng Jen berkata, keputusan itu adalah hasil tinjauan yang dilakukan pelbagai institusi penyelidikan jam 6 pagi kelmarin.
PRU15: Pertembungan tiga penjuru di kerusi Parlimen Stampin
Perebutan kerusi Parlimen Stampin menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Gabungan Parti Sarawak (GPS), DAP dan Parti Bumi Kenyalang (PBK).
PRU15: DAP Sarawak muktamadkan senarai lapan calon
DAP Sarawak akhirnya melengkapkan senarai lapan calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
PRU15: DAP Sarawak akan guna logo roketnya
DAP Sarawak akan terus menggunakan logo roketnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun parti Pakatan Harapan yang lain menggunakan logo perikatan itu.
PRU15: DAP Sarawak umum calon di lapan kerusi hujung minggu ini
Lapan kerusi itu adalah Bandar Kuching, Stampin, Mas Gading, Serian, Sarikei, Sibu, Lanang and Bintulu.
DAP Sarawak bantah jika PRU15 diadakan ketika bencana banjir
DAP Sarawak membantah dan tidak akan menyokong sebarang cadangan bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika negara berdepan bencana banjir.
PRU15: DAP Sarawak tunggu masa sesuai dedah kerjasama blok pembangkang
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen enggan mengulas mengenai status rundingan kerjasama antara parti-parti pembangkang di negeri itu termasuk pembahagian kerusi menjelang PRU15.
DUN Sarawak: Pindaan RUU Kanun Tanah tidak menguntungkan rakyat Sarawak - Chong
Usaha Kerajaan Sarawak untuk meminda definisi tanah di dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah tidak akan memberi keuntungan kepada rakyat negeri itu.
PRU15: DAP Sarawak setuju tubuh jawatankuasa rundingan bincang penyatuan pembangkang
Jawatankuasa tersebut akan mengetuai proses penyatuan parti pembangkang bersama DAP Sarawak dengan agenda untuk menumbangkan PN, BN dan GPS.