KUALA LUMPUR:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melancarkan Ops Catut 8.0 bagi memantau harga jualan komputer, komputer riba, tablet, mesin pencetak, telefon bimbit dan alat komunikasi terutama perkakasan internet.
Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata sejak Isnin lepas (25 Jan) sehingga semalam, bahagian penguat kuasa telah melakukan pemeriksaan terhadap 130 premis yang meliputi 262 barangan kelengkapan elektronik, komputer dan komunikasi.
Katanya hasil pemantauan itu, 130 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 telah diserahkan kepada peniaga untuk mendapatkan maklumat berhubung harga dan kos belian barangan tersebut bagi suatu tempoh untuk mengesan sekiranya wujud sebarang elemen pencatutan.
"Peniaga diberikan tempoh dua hari bekerja untuk mengemukakan maklumat dan dokumen yang diperlukan dan sekiranya gagal mematuhi notis tersebut, ia menjadi kesalahan tindakan di bawah Seksyen 21(5) AKHAP 2011.
"Kementerian mengambil maklum tentang pelajar sekolah yang terpaksa meneruskan pembelajaran secara dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan keperluan terhadap perkakasan komputer, mesin cetak dan aksesorinya serta kelengkapan komunikasi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya pemantauan itu dilaksanakan selama dua minggu mulai 25 Jan dan peniaga yang dikesan melakukan aktiviti mencatut akan diperiksa di bawah perundangan pencatutan.
"Mana-mana peniaga yang gagal mematuhi Seksyen 21(5) AKHAP 2011 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000.
"KPDNHEP sentiasa memantau harga barangan keperluan supaya peniaga tidak menaikkan harga barangan dengan sewenang-wenangnya khususnya ketika negara sedang dilanda pandemik COVID-19," katanya.
Beliau berkata pengguna dinasihatkan menyimpan setiap resit pembelian bagi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin berlaku pada masa hadapan.
Selain itu, pengguna digalakkan membanding harga dan mengetahui ciri-ciri pakej yang hendak dibeli terutama keperluan pembelajaran dalam talian serta tawaran pakej daripada penjual sebelum membuat keputusan membelinya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 28 2021

Pengguna dinasihatkan menyimpan setiap resit pembelian bagi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin berlaku pada masa hadapan. - Gambar/ Bernama

Dua warga Pakistan ditahan, disyaki bunuh rakan senegara
Siasatan polis mendapati mangsa berhutang beberapa ribu ringgit dengan suspek.

Texas tarik balik arahan pemakaian wajib pelitup muka
Gabenor Greg Abbot mengumumkan untuk menarik balik arahan pemakaian pelitup muka mandatori di Texas yang dilaksanakan susulan jangkitan pandemik COVID-19.

Kerajaan perlu berani adakan sidang Parlimen
Muhammad Fathi tidak menolak kemungkinan berlaku pergolakan politik jika sidang Parlimen dilaksanakan, namun percaya ia memberi ruang kepada proses demokrasi di negara ini.

NCIA bantu pekerja Silverstone yang akan diberhentikan
Program di bawah modal insan adalah untuk membantu pekerja berkenaan mendapat peluang pekerjaan dan nafas baharu dalam kehidupan mereka.

Polis Ipoh minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang
Remaja berkenaan dikenali sebagai Nurain Sarudin yang beralamat di Flat Buntong Harmoni.

Ketegangan perdagangan AS-China, COVID-19 tingkatkan eksport Malaysia - UOB
Cabaran masih wujud dalam memperkukuhkan hubungan pelaburan dan perdagangan Malaysia, melangkah ke hadapan.

Sabah benarkan kapal NCS masuki perairan ESSZONE untuk aktiviti ekonomi
Kerajaan negeri Sabah membenarkan kapal bukan konvensional (NCS) atau kumpit dari Indonesia dan Filipina memasuki perairan ESSZONE.

Peningkatan kes pembakaran terbuka punca kualiti udara tidak sihat - Tuan Ibrahim
Punca kualiti udara tidak sihat di beberapa kawasan dalam negara disebabkan oleh peningkatan kes pembakaran terbuka.

Kumpulan pertama vaksin AstraZeneca dijangka tiba pada suku kedua tahun ini
Presiden AstraZeneca bagi Malaysia Dr Sanjeev Panchal berkata syarikat itu akan terus memenuhi komitmennya dalam menyediakan akses yang meluas dan saksama tanpa keuntungan.

PM Thailand gesa pihak berkuasa kaji sijil atau passport vaksin untuk pelancong
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha pada Selasa mengarahkan pihak berkuasa berkaitan mengkaji sijil vaksin COVID-19.

Sabah benarkan kapal NCS masuki perairan ESSZONE untuk aktiviti ekonomi
Kerajaan negeri Sabah membenarkan kapal bukan konvensional (NCS) atau kumpit dari Indonesia dan Filipina memasuki perairan ESSZONE.

Aktiviti penggambaran, operasi pawagam dibenarkan - FINAS
Aktiviti penggambaran dan operasi tayangan filem di pawagan dibenarkan melibatkan negeri yang berada di bawah PKPB dan PKPP.

Tuai rumah, JKKK ditugaskan pantau SOP rumah panjang masing-masing - Uggah
Tuai rumah dan JKKK di sembilan rumah panjang di Betong ditugaskan untuk memantau SOP rumah panjang masing-masing.

KPM perlu pertimbang untuk selaraskan jadual peperiksaan utama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mempertimbangkan cadangan untuk penyelarasan semula peperiksaan utama di Malaysia.

PKP di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang tidak dilanjutkan, diganti PKPB
PKP 2.0 di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang yang dijadualkan berakhir pada Khamis ini, tidak akan dilanjutkan, tetapi diteruskan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Penguasaan Proton cecah tahap tertinggi dalam tujuh tahun pada 27.1 peratus
Proton Holdings Bhd telah menyampaikan 11,873 kereta pada Februari (domestik dan eksport) untuk mencapai tahap pasaran tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.

COVID-19: 22 pekerja asing 'hilang' dari asrama berjaya dikesan - Polis
Mereka ditemui malam tadi dan terus dimasukkan ke PKRC di Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah di Tanjung Rambutan.

Pemimpin tempatan perlu main peranan cegah COVID-19 di peringkat komuniti - Masidi
Kerjasama daripada pemimpin tempatan dan ketua kampung amat diharapkan agar dapat bantu kerajaan memastikan penduduk sentiasa mematuhi SOP.

KBS di landasan tepat benar kehadiran penonton ke stadium
Liga Malaysia (Liga-M) musim 2021 dijangka diserikan kembali dengan kehadiran penonton ke stadium.

Tumpuan utama kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan mengenai PKP hari ini
Berikut adalah tumpuan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, hari ini.