ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal (KPDNHEP) meminta pelanggan yang mempunyai maklumat berkaitan roti canai yang didakwa dijual RM4 sekeping di Langkawi supaya tampil membuat aduan.
Pengarah KPDNHEP Kedah, Rae Morn Verak berkata, pihaknya sudah menghantar pegawai untuk membuat pemeriksaan namun tiada laporan sedemikian ditemui.
Justeru, beliau meminta pelanggan yang terbabit atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat membuat laporan serta mengemukakan resit kepada KPDNHEP untuk siasatan.
"Pihak kami berhubung dengan Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) untuk mendapatkan maklumat lanjut dan kami juga menyeru sekiranya ada pihak yang terlibat tolong kemukakan kepada kami resit untuk kita buat siasatan.
"Pada masa sama, saya sudah arahkan KPDNHEP cawangan Langkawi untuk mengadakan pemantauan melalui Op Menu di kawasan-kawasan yang dinyatakan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
BACA: Persatuan Pengguna Kedah terima aduan roti canai dijual RM4 sekeping di Langkawi
Astro AWANI semalam melaporkan, CAKE menerima 100 aduan berkaitan makanan mahal di negeri ini.
Setiausaha CAKE, Mohd Yusrizal Yusoff dilapor berkata, aduan itu termasuklah kes roti canai dijual pada harga RM4 sekeping di Langkawi kira-kira dua minggu lalu.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Dec 01 2021

CAKE mendakwa menerima aduan roti canai dijual pada harga RM4 sekeping di Langkawi kira-kira dua minggu lalu. - Gambar hiasan/ Astro AWANI
Pantau Belanjawan 2023: CAEXPO 2023: Biskut ‘dapur rumah’ kini ke pentas global
Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil menemu bual Pengarah Rochinur Cookies yang juga Timbalan Presiden Usahanita Kebangsaan, Rokiah M. Koyakuti seiring China-ASEAN Expo baru-baru ini.
Pantau Belanjawan 2023: CAEXPO 2023: Potensi produk F&B di pasaran antarabangsa
Sejauh mana potensi produk makanan dan minuman Malaysia berupaya menembusi pasaran luar negara? Perkongsian Pengerusi Eksekutif & Pengasas, Imperia Asia Group, Muhammad Tarmizie Bidin di China-ASEAN Expo baru-baru ini.

Tempahan kereta EV smart #1 kini dibuka secara rasmi
Proton dan smart Malaysia menandatangani MoA yang dipertingkatkan di Nanning, China hari ini dan akan menerima tempahan untuk kenderaan EV smart #1.

Laporan tanah runtuh Batang Kali akan dinyah rahsia, didedah
Kerajaan negeri bakal nyah rahsia laporan penuh kejadian insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali.

Gambar Hamzah bersama Ramasamy cetus pelbagai reaksi warganet
Tindakan Hamzah memuat naik gambar bersama bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy menarik perhatian warganet.

Atlet boling wanita negara peluk Islam
Nerosha Keligit Thiagarajan telah melafazkan dua kalimah syahadah untuk menjadi saudara baharu Islam pada Jumaat.

Aktivis terlibat protes, lekatkan badan atas jalan dipenjara 8 bulan
Seorang aktivis iklim daripada kumpulan alam sekitar Last Generation dijatuhi hukuman penjara lapan bulan tanpa parol di Berlin pada Khamis, jurucakap mahkamah mengesahkannya kepada media tempatan.
Suruhanjaya Sekuriti sasar 35-40 IPO baharu pada tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berkata saluran bagi tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia kekal sihat dan menyasarkan sebanyak 35-40 IPO baharu bagi tahun ini.
MNRB umum dividen akhir 4.45 sen
MNRB Holdings Bhd (MNRB) mengumumkan dividen akhir sebanyak 4.45 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2023.
Proton X90 tembusi pasaran Mauritius, Afrika Selatan, Brunei
Kenderaan tenaga baharu (NEV) pertama Proton Holdings Bhd, X90 mencatat kemunculan pertama di tiga pasaran eksport iaitu Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei, baru-baru ini.

KPDNHEP minta pelanggan makan roti canai RM4 di Langkawi tampil
Pengarah KPDNHEP Kedah, Rae Morn Verak berkata, pihaknya sudah menghantar pegawai untuk membuat pemeriksaan namun tiada laporan sedemikian ditemui.