Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menghapuskan caj 10 peratus Touch 'n Go di kawasan parkir kenderaan secara berperingkat.
Bagaimanapun, Timbalan Menterinya, Chong Chieng Jen berkata masih terdapat kontrak sedia ada yang perlu dipatuhi sebelum penghapusan secara total dilaksanakan.
“Itu polisi yang kita warisi daripada Barisan Nasional (BN). Sekarang kita sudah membetulkannya. Sekarang kita nak hapuskan kos tambahan di mana surcaj 10 peratus itu akan dibatalkan.
“Namun, oleh kerana tertekan dengan kontrak… Semasa tamatnya kontrak sedia ada, ia (caj 10 peratus) tidak akan dikenakan lagi. Ia dilakukan secara berperingkat,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang bertanya mengapa caj 10 peratus dikenakan di kawasan parkir kenderaan oleh Touch 'n Go.
Ditanya berkenaan caj 50 sen yang dikenakan kepada pengguna apabila menambah nilai di beberapa outlet, Chieng Jen berkata caj tersebut tidak diterima oleh Touch 'n Go sebaliknya penyedia perkhidmatan.
“Sekarang ada pilihan di mana di seluruh negara terdapat lebih 11,000 tempat tambah nilai dan lebih 2,000 tempat di mana pelanggan boleh tambah nilai tanpa caj 50 sen.
“Namun, di tempat lain, ia bergantung kepada perbincangan perniagaan atau business to business discussion yang mana tempat perniagaan yang menawarkan khidmat tambah nilai kad, caj 50 sen itu dikenakan oleh penyedia perkhidmatan.
“Caj 50 sen tersebut tidak dikutip oleh Touch 'n Go, tapi pengusaha sesetengah stesen minyak atau pasar raya yang menawarkan perkhidmatan itu,” ujarnya.
Fakta Touch 'n Go
* 11,168 lokasi tambah nilai di seluruh negara
* Tambah nilai tanpa caj tambahan: Lebih 2,000 lokasi
- Kaunter khidmat pelanggan Touch 'n Go
- TNG Spot
- Watsons
- Guardian
- Tesco
- KK Mart
- Caring Pharmacy
* Tambah nilai dengan caj tambahan 50 sen:
- Stesen minyak
- Pasaraya
- Kedai runcit
- Mesin ATM.
*Nota: Caj tambahan tidak dikenakan Touch 'n Go tetapi oleh kedai-kedai yang menyediakan kemudahan tambah nilai ini kepada pengguna
Harits Asyraf Hasnan
Wed Nov 06 2019

Menurut Chong, caj 50 sen yang dikenakan kepada pengguna apabila menambah nilai di beberapa outlet tidak diterima oleh Touch 'n Go sebaliknya penyedia perkhidmatan. - Gambar hiasan

Rundingan Perjanjian Nuklear hampir capai kata sepakat
Rundingan bergerak ke arah yang betul dan bilangan isu yang tidak dapat diselesaikan adalah minimum.

PRU15: Terengganu timbang kesesuaian waktu untuk bubar DUN - MB
Ahmad Samsuri berkata, ia bergantung kepada kesesuaian dan waktu untuk memutuskan demikian.

Israel, pejuang Palestin setuju gencatan senjata
Lebih 30 warga Palestin, dengan sekurang-kurangnya satu pertiga daripadanya orang awam, terbunuh setakat ini.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [8 Ogos 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [8 Ogos 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1981588/thumbnails/12745351511659918845507_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [8 Ogos 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Hafizi Rosli.

Tujuh hilang ketika bermain di sekitar kampung
Kesemua mereka yang berusia antara tiga hingga 15 tahun itu kali terakhir dilihat pada jam 3 petang di sebuah kedai runcit.

COVID-19: Biden pulih daripada jangkitan
Biden diletakkan dalam tempoh kuarantin yang lebih lama disebabkan dijangkiti sebanyak dua kali.

Mara ke peringkat akhir Piala FA, kerajaan negeri beri bonus kepada skuad Penyu
Ia satu penghargaan daripada kerajaan negeri buat para pemain yang telah mempamerkan aksi cemerlang dan berjuang sehingga detik akhir.

Jiwa SME | Digitalisasi bantu kelangsungan sekolah AIIS
Pandemik COVID-19 memberi kesan yang teruk buat institusi pendidikan negara khususnya pengusaha tadika dan sekolah swasta. Bagi mendepani cabaran itu, media sosial dan aplikasi dalam talian memainkan peranan penting dalam meneruskan operasi persekolahan khususnya buat Al-Ihsan Integrated Islamic School, sebuah sekolah agama swasta di Johor.

Nur Dhabitah raih perak kedua di Birmingham
Beliau yang mendahului carta selepas terjunan ketiga dengan 207.90 mata, menampilkan gerakan kurang kemas pada terjunan keempat.

Perancis siap sedia hadapi gelombang panas keempat
Keadaan itu menyebabkan beberapa kampung terputus bekalan air bersih dan petani memberi amaran kekurangan hasil menjelang musim sejuk.

PN akan terus sokong Perdana Menteri - Ronald
Perikatan Nasional (PN) tidak akan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan sehingga pembubaran Parlimen.

160,000 layak mengundi di Shah Alam pada PRU15
Dianggarkan sekitar 160,000 pemilih termasuk pemilih baharu yang didaftarkan secara automatik layak mengundi di Shah Alam pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: PBM mohon sertai BN, belum ada jawapan - Zuraida
PBM telah menghantar permohonan rasmi untuk menyertai BN bagi membentuk sebuah gabungan parti baharu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), tiga minggu lalu.

PRU15 sebulan dua lagi, kata Saravanan
Datuk Seri M Saravanan memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam tempoh sebulan dua lagi.

BN harap RUU Dana Politik dibawa ke Parlimen sebelum PRU15
RUU Pembiayaan Dana Politik antara komitmen BN dan gabungan politik tersebut telah mencadangkannya sebelum PRU14 lagi.

Najib, jangan perasan ... ! - Rafizi
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli membidas Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap di Konvensyen BN Selangor, kononnya beliau 'berminat' dengan bekas Perdana Menteri itu.

BN platform terbaik penyatuan kaum, generasi, kumpulan - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan itu berkata demikian selepas dilantik sebagai Bendahari BN Selangor, pada Ahad.

Tengku Zafrul dilantik Bendahari BN Selangor
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Perjanjian dengan pembangkang tidak libat dasar kerajaan - Ismail Sabri
Perdana Menteri menegaskan, perjanjian antara kerajaan dan pembangkang tidak melibatkan dasar dan hanya menumpukan kepada transformasi Parlimen.

Kerjasama politik: Formula baharu hanya selepas PRU15 - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional hanya akan terbuka untuk bekerjasama menerusi formula baharu dengan mana-mana parti politik selepas PRU15.